reagent purity | ketulenan reagen | Kimia | Kimia Analisis | Pengelasan reagen berdasarkan ketulenannya. Reagen yang dilabel teknikal atau komersial biasanya tidak tulen. Gred ‘USP’ menandakan hanya reagen tersebut mematuhi keperluan United States Pharmacopoeia. Sebutan ‘CP’ menandakan reagen ini lebih tulen daripada reagen teknikal. Reagen yang ditanda ‘gred reagen’ atau ‘reagen teranalisis’ merupakan bahan-bahan tulen yang telah dianalisis untuk menentukan tahap ketulenannya. Sekumpulan reagen yang sangat tulen dinamakan reagen piawai primer. Reagen ini digunakan untuk menentukan kepekatan larutan dalam analisis volumetri atau tujuan lain yang ketulenan reagen itu penting. |
Ehrlick reagent | reagen Ehrlick | Kimia | Biokimia | Reagen yang mengandungi p-dimetilaminobenzildehid dan berubah warna kepada merah apabila bertindak balas dengan porfobilinogen, asid 8-amino levulinik atau sebatian lainnya. |
Sanger reagent | reagen Sanger | Kimia | Biokimia | Reagen yang larut di dalam benzena, propilena alikol dan eter, dan digunakan untuk menandai kumpulan asid amino hujung dan juga untuk mengesan fenol. |
Schiff's reagent | reagen Schiff | Kimia | Biokimia | Reagen yang terdiri daripada larutan fuksin yang ternyahwarna oleh asid sulfurik, dan digunakan sebagai bahan uji aldehid dengan penghasilan warna merah lembayung. |
chemical equivalent weight | berat setara kimia | Farmasi | Tiada | Jumlah reagen kimia yang akan bertindak balas dengan 1 gram berat setara reagen yang lain. |
back-titration | pentitratan balik | Kimia | Kimia Analisis | Penitratan yang melibatkan penambahan reagen secara berlebihan dan diketahui amaunnya. Kelebihan reagen ini pula ditentukan secara penitratan. |
reagnet | reagen | Kimia | Kimia Analisis | Sebarang zat atau bahan kimia yang digunakan dalam tindak balas kimia untuk tujuan mengesan, mengukur, mengkaji atau menganalisis bahan lain. Ketulenan dan kepekaan merupakan sifat-sifat yang diperlukan bagi sesuatu reagen. |
masking agent | agen penopengan | Kimia | Kimia Analisis | Reagen yang dapat digunakan untuk bertindak balas dengan spesies yang mengganggu dalam suatu penentuan. Misalnya ion ferik dapat ditopengkan oleh ion fluorida untuk membentuk FeF3-6 yang stabil dan tidak bertindak balas dengan reagen lain. |
microdiffusion analysis | analisis pemikrobauran | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah analisis yang berdasarkan pembauran gas dengan reagen. Gas itu dihasilkan oleh sampel yang mudah meruap. Contohnya ammonia yang dibebaskan daripada garam ammonium dapat ditentukan apabila ammonia dibaurkan ke dalam reagen. |
aldehyde | aldehid | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian organik yang mempunyai radikal –CHO sebagai ciri utamanya dan mempunyai formula am RCHO (R ialah kumpulan alkil atau aril). Aldehid lazimnya berupa cecair yang tidak berwarna, mempunyai bau cirian, dapat dioksidakan kepada asid karboksilik, dan diturunkan kepada alkohol primer. Kumpulan sebatian ini terhasil melalui pengoksidaan alkohol primer dan juga penurunan asid karboksilik. Aldehid merupakan agen penurunan menghasilkan tindak balas positif dengan reagen Schiff, reagen Tollen dan reagen Fehling. Kumpulan sebatian ini juga dapat menjalani tindak balas penambahan dan kondensasi. Misalnya, formaldehid (metanal) dan asetaldehid (etanal). |