reactance relay | geganti regangan | Kejuruteraan | Tiada | Geganti galangan yang beroperasi sebaik-baik sahaja regangan-regangan litar tempat ia tersambung jatuh ke bawah nilai yang telah ditentukan terdahulu. |
static stretching | regangan statik | Sains Sukan | Biomekanik | Regangan yang dilakukan untuk meregangkan otot sehingga had pergerakan dan kedudukannya dikekalkan untuk tempoh tertentu tanpa sebarang gerakan. Aktiviti ini melibatkan pergerakan regangan yang perlahan. Regangan ini biasanya dilakukan selama 30 saat untuk setiap aktiviti regangan. |
active stretching | regangan aktif | Sains Sukan | Biomekanik | Regangan pada otot, tendon dan ligamen yang dilakukan sendiri oleh pelaku untuk mengurangkan risiko kecederaan otot. Regangan ini memerlukan kontraksi otot untuk menahan regangan. Contohnya, seseorang yang berada pada posisi menyergap (keadaan salah satu kaki dibengkokkan pada sudut 90�, manakala sebelah kaki lagi dihalakan ke belakang). Pada kedudukan ini, otot kaki digunakan untuk mengimbangi badan supaya tegak dalam kedudukan yang dikehendaki. |
reactive power | kuasa regangan | Kejuruteraan | Tiada | Volt-ampere regangan, iaitu hasil darab voltan litar dengan komponen regangan arus. |
leakage reactance | regangan bocor | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bahagian regangan bagi primer pengubah, yang disebabkan hanya oleh fluks bocoran.,2. Regangan yang diwakili oleh perbezaan nilai di antara dua kearuhan saling terganding, apabila medannya membantu dan kemudiannya melawan. |
reactive volt-ampere (Var) | volt ampere regangan (Var) | Kejuruteraan | Tiada | Hasil darab voltan regangan dengan ampere pada litar, atau arus regangan dengan voltan litar. |
passive stretching | regangan pasif | Sains Sukan | Biomekanik | Regangan pada otot, tendon dan ligamen yang dilakukan dengan meregangkan otot antagonis. Contohnya, seseorang meregangkan otot hamstring dengan meletakkan kaki di atas kerusi. Pada keadaan ini, tidak ada daya lain yang diperlukan untuk menahan regangan tersebut. |
parallel resonance | salunan selari | Teknik | Elektrik | Salunan dalam litar selari yang mengandungi pengaruh dan pemuat. Salunan ini berlaku pada nilai frekuensi tertentu yang regangan berkemuatan dan regangan beraruhan litar tersebut adalah sama. Arus di dalam pemuat berada pada 80o dan tak sefasa dengan arus beraruhan dan jumlah vektornya sifar. |
series resonance | salunan siri | Teknik | Elektrik | Salunan litar siri yang mengandungi pengaruh, pemuat, dan perintang. Salunan ini berlaku pada nilai frekuensi tertentu yang regangan berkemuatan dan regangan beraruhan litar tersebut adalah sama, dan membatal satu sama lain. Dengan itu, galangan litar akan berkurangan kepada tahap minimum. Salunan siri hanya berlaku dalam litar berperintang tulen. |
capacitive reactance | regangan kapasitif | Geologi | Tiada | Regangan disebabkan oleh kemuatan suatu pemuat atau litar, yang sama dengan songsangan hasil darab pemuat dengan frekuensi sudut. |