Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rém.bé.san] | ريمبيسن

Definisi : 1. aliran (air mata dll), titisan: dia berusaha memahami ~ air matanya, dia tidak mahu mengalah pd emosinya; 2. (Bio) sebarang bahan spt peluh, enzim, dan air liur yg dihasilkan oleh sel atau kelenjar tubuh utk melakukan fungsi tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rém.bé.san] | ريمبيسن

Definisi : bahan yg dirembeskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rembesan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seepage surfacepermukaan rembesanHidrogeologiTiadaBahagian lubang perigi pampa yang sebelah bawahnya dibatasi oleh permukaan air perigi pampa dan bahagian atasnya oleh persilangan antara air bebas yang diturunkan dengan dinding perigi. Ruj.: Hubbert 1940 Sin.: muka rembesan, zon rembesan
secretory cellsel rembesanBiologiHistologi dan SitologiSel epitilium kelenjar yang merembeskan rembesan terentu seperti serum, mukus, minyak resin, nektar dan lain-lain. Rembesan ini mungkin kekal tersimpan di dalam kelenjar atau dirembeskan ke bahagian lain.
seepage velocityhalaju rembesanHidrogeologiTiadaKadar luah air rembesan melalui suatu medium berliang tak tepu per unit luas lowong tempat air bergerak, tegak lurus pada arah aliran. Ini merupakan purata halaju sebenar sesuatu aliran tak tepu. (Dimensi: LT-1) Ruj.: Am. Soc. Civil Eng. 1958 Sin.: kadar rembesan
influent seepagerembesan influenHidrogeologiTiadaRembesan air ke litosfera (Meinzer): penyusupan air dari air permukaan ke dalam tanih, sebagai sungai merugi. Ruj.: Meinzer 1923
autacoidautakoidPerubatanTiadaRembesan dalaman semula jadi, khasnya rembesan yang kesannya serupa dengan kesan bahan ubat.
secretionrembesanBiologiFisiologiBahan atau bendalir yang dikeluarkan oleh sel atau kelenjar semasa proses rembesan.
salivaair liurPerubatanTiadaRembesan jernih, bersifat alkali yang dihasilkan oleh kelenjar liur. Rembesan ini membasahi dan melembutkan makanan, melembapkan mulut, dan mengandungi ?-amilase, iaitu enzim pencernaan yang mengubah kanji menjadi maltosa. Air liur juga mengandungi musin, albumin serum, globulin, leukosit, puing epitelium dan kalium tiosianat.
apocrineapokrinPerubatanTiadaMenandakan jenis rembesan kelenjar dengan sebahagian sel perembesan hilang bersama-sama rembesan.
tearsair mataPerubatanTiadaRembesan cecair yang dikeluarkan daripada kelenjar lakrima yang berfungsi untuk membasahi konjunktiva. Rembesan ini agak beralkali dan agak masin. Sin: lakrima
effluent seepagerembesan efluenHidrogeologiTiadaResapan luahan air tanah ke permukaan tanah atau ke air permukaan sebagai sungai efluen atau sungai melaba. Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: rembesan keluar
12345678910...

Kembali ke atas