Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
rempah-ratus
[rem.pah.ra.tus] |
رمڤه - راتوس
Definisi :
a) berbagai-bagai macam rempah; b) sj jamu drpd bermacam-macam campuran; c) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka);
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
rempah-ratus
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(11)
Kamus Bahasa Inggeris
(1)
Istilah Bahasa Melayu
(6)
Kamus Sains
(1)
Kamus Thai Melayu Dewan
(1)
Khidmat Nasihat
(10)
Artikel Akhbar
(1)
Artikel Majalah
(1)
Ensiklopedia
(4)
Buku
(3)
Pantun
(1)
Glosari Dialek Johor
(1)
Glosari Dialek Kelantan
(1)
Glosari Dialek Pulau Pinang
(1)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
spices
Rempah ratus
Pertanian
Tiada
Merujuk kepada tumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan. Bahagian tumbuhan yang digunakan sama ada daun, buah, biji, bunga, kulit batang, batang dan akar. Rempah ratus mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa dan warna pada masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contoh rempah ratus ialah serai, daun kesom, ketumbar, kunyit, halia, kayu manis dan jintan manis.
herbs and spices
rempah ratus
Herba
Tiada
Pelbagai campuran bahan rempah dan herba seperti kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, jintan dan lada hitam. Rempah ratus digunakan dalam masakan dan penjagaan kesihatan.
spices
rempah ratus
Herba
Botani dan Bioteknologi
Tumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan sama ada dalam bentuk segar atau kering. Bahagian tumbuhan yang digunakan ialah daun, buah, biji, bunga, rizom, kulit batang, batang dan akar. Tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa sedap dalam masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, serai, daun kesum, ketumbar, lada hitam, kunyit, halia, lengkuas, kayu manis dan jintan manis.
marinade
pemerap
Makanan dan Pemakanan
Makanan
Campuran bahan seperti minyak, herba, sos dan
rempah-ratus
untuk memperkaya rasa dan melembutkan bahan makanan sebelum proses memasak. Campuran bahan ini lazimnya digunakan untuk memerap daging, ikan atau sayur-sayuran. Cecair berasid seperti cuka, jus lemon dan wain atau enzim (didapati daripada nanas, betik atau halia) juga digunakan.
beef jerky
jerki daging lembu
Makanan dan Pemakanan
Makanan
Daging lembu yang telah dibuang lemaknya dan dihiris dalam bentuk kepingan panjang. Jerki daging lembu biasanya diperap dengan garam, gula atau rempah ratus sebelum dikeringkan atau disalai pada suhu rendah (di bawah 70°C). Jerki daging lembu merupakan produk sedia dimakan dan bersifat kenyal. Jerki daging lembu boleh disimpan selama berbulan-bulan tanpa penyejukan.
freeze drying
pengeringan sejuk beku
Makanan dan Pemakanan
Teknologi Makanan
Proses yang melibatkan penyejukbekuan diikuti oleh sublimasi ais daripada bentuk sejuk beku kepada bentuk kering. Pengeringan lengkap berlaku dalam tiga peringkat. Peringkat pertama melibatkan penyejukbekuan yang mengeluarkan air daripada komponen makanan terhidrat melalui pembentukan hablur ais atau campuran eutektik. Peringkat kedua melibatkan penyingkiran air daripada bahan melalui sublimasi hablur ais, dan peringkat terakhir melibatkan penyingkiran baki air melalui penyejatan dalam alat pengering sejuk beku dengan meninggikan suhu bahan. Teknik ini biasanya digunakan untuk mengeringkan makanan beraroma atau bertekstur sensitif seperti perisa makanan dari rempah ratus.
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...