DNA replication | replikasi DNA | Biologi | Genetik | lih. pereplikaan DNA. |
leptonema | leptonema | Biologi | Genetik | Peringkat pertama profasa I sebelum sinapsis kromosom menyerupai struktur bebenang halus dan telah berganda kerana replikasi DNA telah berlaku. |
DNA replication | pereplikaan DNA | Biologi | Genetik | Proses sintesis DNA dengan menggunakan DNA sebagai templat. replikasi DNA. |
interphase | antara fasa | Perubatan | Tiada | 1. Fasa yang terdapat di antara dua turutan pembahagian sel.,2. Fasa di antara dua pembahagian sel, dimana tidak berlaku replikasi DNA. |
Sanger sequencing | penjujukan Sanger | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah menentukan jujukan DNA berdasarkan penyisipan selektif serpihan rantaian penamat deoksiribonukleotida oleh polimerase DNA semasa proses replikasi DNA secara in vitro. |
mutation | mutasi | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Perubahan jujukan nukleotida atau sebahagian DNA sesuatu organisma. Mutasi boleh berlaku disebabkan oleh kesilapan semasa proses replikasi DNA atau pendedahan kepada mutagen. Mutasi juga merangkumi proses pemindahan DNA dengan skala besar, seperti bakteria yang mengalami pemindahan gen secara lateral. Mutasi memperkaya takung gen, seperti kemunculan bakteria rintang antibiotik. |
primer | pencetus | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Rantai pendek asid nukleik yang boleh menyepuh terhadap bebenang DNA komplementari dan menjadi titik permulaan bagi proses replikasi DNA. Pencetus digunakan dalam kaedah biologi molekul yang melibatkan DNA polimerase, seperti proses penjujukan DNA dan tindak balas rantai polimerase. Pencetus untuk aplikasi ini disintesis sebagai satu rantai oligonukleotida bersaiz antara 18 hingga 40 bes. |
genomic duplication | penduaan genomik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Mekanisme utama yang menghasilkan bahan genetik sewaktu proses evolusi. Penduaan genomik merujuk kepada sebarang penduaan kawasan DNA yang mengandungi gen dan terhasil dari kesilapan yang berlaku sewaktu proses replikasi DNA, mekanisme pembaikan atau melalui proses spontan oleh elemen genetik yang bongkak. Contoh mekanisme adalah rekombinasi ektopik, polipoidi. |
retrovirus | retrovirus | AIDS | Tiada | Kelas virus yangmempunyai enzim transkriptase berbalik untuk mengubah RNA kepada DNA semasa replikasi. |
central dogma | dogma pusat | Bioteknologi | Tiada | Peraturan tentang pemindahan maklumat genetik yang berlaku dalam satu arah, iaitu daripada DNA kepada RNA dan seterusnya kepada protein. DNA -------------- RNA --------------- protein transkripsi terjemahan DNA bertindak sebagai templat untuk menjalani replikasi sendiri dan untuk transkripsi RNA, yang kemudiannya menjalani terjemahan menjadi protein. Namun begitu, terdapat juga virus tertentu yang dapat mensintesis DNA daripada RNA. |