Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.pro.duk.tif] | ريڤرودوکتيف

Definisi : (réproduktif) bkn dgn pembiakan: organ ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.pro.duk.tif] | ريڤرودوکتيف

Definisi : /réproduktif/ berkaitan dgn pembiakan: organ ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reproduktif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ovaryovariPerubatanTiadaKelenjar reproduktif pada wanita yang terletak di hujung salur falopian. Kelenjar ini berfungsi untuk menghasilkan ovum dan hormon estrogen dan progesteron.
gametegametPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSel reproduktif haploid matang sama ada sel germa betina (ovum) atau jantan (sperma). Gamet ini dihasilkan melalui proses gametogenesis. Cantuman antara kedua-dua gamet ini akan membentuk zigot. Sperma pada jantan dihasilkan di testis sementara ovum pada betina pula dihasilkan di ovari. Kedua-dua gamet ini mengandungi satu set kromosom haploid (n).
climactericklimakterikGerontologiTiadaPerubahan fizikal yang berlaku dalam sistem reproduktif semasa pertengahan umur yang akan mempengaruhi perlakuan seksual.
semenair maniSains ForensikTiadaCecair keputihan yang dirembeskan oleh organ reproduktif lelaki yang biasanya mengandungi spermatozoa. Dalam pemeriksaan forensik, ujian penyaringan air mani boleh mengesan kehadiran enzim asid fosfatase dan biasanya disahkan oleh kehadiran sperma di bawah pemeriksaan mikroskop. Sinonim semen.
abortifacientabortifasienSains KesihatanTiadaBahan kimia yang menyebabkan respons toksik oleh sistem reproduktif.
oestrogenestrogenHerbaFitoterapiHormon seks wanita yang bertanggungjawab dalam pengawalan dan perkembangan sistem reproduktif; ciri-ciri seks sekunder.
artificial inseminationpermanian beradasPertanianAgroteknologiKaedah memasukkan sperma haiwan jantan yang telah terawet ke dalam salur reproduktif betina menggunakan alat kateter. Kaedah ini dilakukan dengan mengambil semen yang disimpan di dalam tiub plastik dan dimasukkan ke dalam faraj haiwan supaya semen dikeluarkan di bahagian serviks. Tujuan penggunaan kaedah ini adalah untuk membiak baik ternakan tanpa perlu memelihara haiwan jantan yang mempunyai baka berprestasi tinggi. Keberkesanan penggunaan kaedah ini adalah dapat mengurangkan kos pembiakan.
propagation materialbahan pembiakanPertanianAgroteknologiBahagian-bahagian tumbuhan yang digunakan untuk pembiakan tanaman. Bahagian-bahagian ini termasuklah biji benih sebagai bahan pembiakan reproduktif, dan keratan, rizom, umbisi, stolon, tunas serta tisu untuk pembiakan vegetatif dan pembiakan mikro. Bahan pembiakan ini mestilah bersih dan dibasmi daripada penyakit sebelum digunakan. Kebanyakan negara mempunyai piawai serta sijil bagi memastikan bahan pembiakan yang digunakan adalah tulen dan bernas untuk melindungi pengguna.
menseshaidPerubatanTiadaKeluaran yang terdiri daripada darah dan tisu mukosa uterus tidak hamil yang keluar secara berkala daripada kemaluan wanita pada peringkat umur reproduktif.
annual planttumbuhan semusimBotaniTiadaTumbuhan yang mempunyai kitaran hidup yang berlaku dalam tempoh satu edaran atau satu musim. Peringkat edaran ini bermula dari peringkat percambahan, pertumbuhan vegetatif, reproduktif dan diakhiri dengan senesen. Contohnya, padi dan jagung.
12

Kembali ke atas