retortion | retorsi | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan sesebuah negara untuk membalas semula perkara yang pernah dilakukan secara seimbang seperti yang telah dilakukan oleh pihak lain terhadapnya. Retorsi merupakan satu bentuk pertolongan kendiri. Negara yang mengambil tindakan retorsi itu sebenarnya menolong dirinya sendiri dalam menguatkuasakan haknya yang dicabuli oleh negara lain dengan mencederakan negara berkenaan. Retorsi adalah satu tindakan yang sah untuk mencederakan negara lain. Retorsi berbentuk membalas walaupun tidak semestinya sama seperti pencabulan. Walaupun retorsi tidak dialu-alukan penggunaannya, namun tindakan retorsi pada asalnya adalah sah dan dibenarkan. Contohnya, negara A memutuskan hubungan diplomatik dengan negara B. Tindakan ini asalnya sah kerana negara tersebut tidak mempunyai kewajipan untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain. Tindakan ini tetap sah walaupun tidak ada tindakan salah sebelumnya oleh negara yang satu lagi. Contoh-contoh lain termasuklah mengenakan sekatan perjalanan, mengisytihar |
retorsion | retorsi | Undang-undang | Tiada | Tiada |
retortion | retorsi | Undang-undang | Tiada | Tiada |
economic coercion | tekanan ekonomi | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Desakan berkaitan ekonomi yang dilakukan oleh sebuah atau lebih negara terhadap negara sasaran. Tujuan tekanan ekonomi adalah untuk memastikan negara sasaran menerima tuntutan negara yang mengenakan tekanan tersebut. Tekanan ekonomi boleh dilakukan secara sehala atau kolektif. Tekanan ekonomi sehala dilakukan dalam bentuk retorsi. Tekanan ekonomi kolektif pula boleh dilakukan oleh Majlis Keselamatan PBB yang pernah mengenakan sanksi ekonomi terhadap negara-negara seperti Iraq dan Libya. Sanksi ekonomi yang dilakukan oleh masyarakat antarabangsa tersebut telah memusnahkan negara-negara sasaran. |
dispute settlement | penyelesaian sengketa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan untuk mengakhiri sesuatu pertelingkahan. Dalam undang-undang antarabangsa, penyelesaian sengketa boleh dilakukan dengan pelbagai cara, antaranya ialah cara diplomatik seperti rundingan, siasatan, perdamaian, pengantaraan dan jasa baik. Penyelesaian sengketa juga boleh dilakukan dengan cara perundangan seperti kaedah timbang tara dan penyelesaian kehakiman. Contohnya, penyelesaian sengketa antara Malaysia dengan Singapura tentang pemilikan Batu Putih (Pedra Branca) yang dilakukan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Selain itu, penyelesaian sengketa juga boleh dilakukan dengan cara pemaksaan seperti kaedah retorsi, tindakan balas dan penggunaan kekerasan tetapi dengan prasyarat dan syarat-syarat tertentu. |