shear wave | gelombang ricih | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Gelombang yang bergerak berserenjang dengan arah gelombang merambat. Dalam gelombang ricih, zarah berayun pada sudut yang melintang kepada arahan itu. Gelombang ini melibatkan pergerakan zarah mericih atau merentasi arah perambatan pada sudut tegak. Kelajuan gelombang ini kira-kira setengah lebih perlahan daripada gelombang membujur. Oleh sebab kelajuannya yang lebih perlahan, gelombang ricih mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek berbanding gelombang membujur pada frekuensi yang sama. Gelombang ricih hanya boleh bergerak dalam bahan pepejal. Sinonim gelombang melintang. |
shear ram | pelantak ricih | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis pelantak yang terdapat pada pencegah semburan keluar yang boleh memotong atau mericih paip gerudi semasa melakukan tindakan penutupan atau pengedapan tekanan dalam operasi pencegahan semburan keluar. Digunakan apabila terdapat paip gerudi di dalam lubang seketika ada kemungkinan terjadinya semburan keluar yang melibatkan tekanan yang terlalu tinggi atau laut dalam keadaan gelora tinggi. |
shear strength | kekuatan ricih | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Perihal keupayaan jasad kayu menahan beban yang cuba mericih atau menggelincirkan bahagian suatu komponen kayu daripada bahagian yang bersebelahan. |