Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : be ~ of, terlepas drpd: he was glad to be ~ of the responsibility, dia gembira terlepas drpd tanggungjawab itu; get ~ of, a. (person), [various translations]: she’s always calling me on some pretext or other, how can I get ~ of her?, dia selalu menelefon saya krn alasan yg dibuat-buat, bagaimana saya hendak mengelak daripadanya?; get ~ of that salesman!, nyahkan jurujual itu!; b. (thing) membuang: I want to get ~ of these old books, saya hendak membuang buku-buku lama ini; c. (pest) menghapuskan: we finally got ~ of the rats and mice, akhirnya kami dapat menghapuskan tikus-tikus itu; d. (stain etc) menghilangkan: she cleaned her face thoroughly to get ~ of traces of make-up, dia mencuci mukanya betul-betul utk menghilangkan sisa-sisa mekap; e. (a cold, feelings) menghilangkan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt menghapuskan: the Pied Piper ~ the town of rats, Pied Piper menghapuskan tikus dr bandar itu; he ~ himself of all his debts, dia menghapuskan segala hutang piutangnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rid


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pumpuakpumpuakMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aero­foil jenis rid yang tidak terkawal. Pumpuak terdiri daripada sekeping rid yang diperbuat daripada sehelai daun. Rid dipegang di antara kedua-dua ibu jari pemain dan udara ditiup melalui mulut. Apabila rid bergetar, pic tertentu dihasilkan. Alat muzik ini dimainkan khususnya oleh Orang Ulu di Sarawak sebagai hiburan untuk diri sendiri.

blatt (G)ridKesenianTiadaTiada
reed-organorgan ridKesenianTiadaOrgan yang menggunakan mekanisme lelidah.
read-organorgan-ridKesenianTiadaTiada
serunaiserunaiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid. Serunai berasal dari Timur Tengah dan mempunyai kaitan dengan alat muzik surnay. Alat muzik ini dibawa ke Malaysia oleh pedagang Arab. Badan atau paipnya diperbuat daripada kayu. Bahagian loceng yang berbentuk kon dipasang pada bahagian pangkal paip tersebut. Serunai mempunyai tujuh lubang jari dan dua rid berganda dua, iaitu empat lapisan rid. Alat muzik ini ditiup pada pangkal dengan nafas yang berterusan untuk menghasilkan melodi dalam lagu. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, serunai terdapat dalam pelbagai sai

hichirikihichirikiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid berkembar. Hichiriki ialah paip berbentuk silinder yang mempunyai sembilan lubang jari dan dua lapisan rid. Alat muzik ini berasal dari Asia Tengah dan mem­punyai hubung kait dengan alat berpelidah dari China yang dimainkan dalam orkestra gagaku.

shengshengMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid yang tidak terkawal. Sheng ialah sejenis organ mulut. Alat muzik ini diperbuat daripada 17 batang buluh yang panjangnya berbeza-beza. Sekeping rid terkandung di bahagian hujung setiap buluh tersebut dengan lubang jari pada sisi buluh. Kesemua buluh diatur secara bulatan dan ditutup rapat di dalam sebiji labu atau logam. Bahagian atas buluh tersebut akan ditambah dengan paip tembaga untuk menghasilkan bunyi yang bergema. Udara ditiup ke dalam labu dan lubang jari ditutup dengan jari untuk menghasilkan pic tertentu. Buluh ditiunkan dalam skel pentatonik Cina. Sheng dari China memainkan muzik klasik dalam orkestra C

engkeruraiengkeruraiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon. Engkerurai merupakan sejenis organ mulut yang mempunyai paip dengan rid yang tidak dikawal. Alat muzik ini mempunyai enam hingga tujuh tiub buluh yang ditiunkan dalam skel pentatonik. Setiap hujung tiub dimasukkan dan digamkan dalam sebiji labu. Pemain meniup udara ke dalam labu tersebut melalui rid untuk menghasilkan pic tertentu. Alat muzik ini dimainkan oleh suku kaum Iban di Sarawak. Lihat juga sompoton.

pipiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan dua rid yang berganda. Alat muzik ini diperbuat daripada tiub kayu yang berbentuk cembung pada bahagian tengah. Pi mempunyai enam lubang jari dan satu lubang untuk ibu jari pada bahagian belakang. Empat lapisan rid dipasang pada tiub di bahagian pangkalnya. Kesemua rid tersebut dimasukkan ke dalam mulut pemain dan udara ditiup secara berterusan atau berputaran untuk menghasilkan baris melodi yang berterusan. Alat muzik yang berasal dari Thai­land ini terdapat dalam tiga saiz, iaitu panjang, pendek dan sede

pupuikpupuikMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip yang berid. Pupuik terdiri daripada paip yang mempunyai empat lubang jari dan sekeping rid yang terkandung di dalam paip tersebut. Pada hujung paip alat muzik ini dipasang sehelai daun kelapa yang digulung dalam bentuk kon yang dikenali sebagai pupuik gadang manakala dalam bentuk kon tanduk kerbau, dikenali seba­gai pupuik tanduk. Bahagian kon tersebut berfungsi sebagai alat bergaung untuk menguatkan bunyi. Alat muzik yang di­tiup pada pangkal ini menghasilkan melodi dalam ensembel caklempong. Pupuik yang terdapat di Sumatera, Indonesia dan di Negeri Sembilan, Malaysia, dimainkan oleh suku kaum Minangkabau.

123

Kembali ke atas