Tarian, muzik sosial dan muzik sinkretik yang melibatkan golongan lelaki dan perempuan menari sambil berpantun. Ronggeng dipersembahkan oleh orang Melayu dan Baba dalam majlis perayaan seperti majlis perkahwinan. Tetamu lelaki dijemput untuk menari bersama-sama dengan penari perempuan. Ronggeng diiringi alat muzik seperti biola, akordion, rebana dan gong. Repertoirnya merangkumi lagu asli, joget, inang, masri, dondang sayang, keroncong, rhumba, cha-cha-cha dan lagu popular. Ronggeng dikenali juga sebagai joget.
Thanks for clicking. That felt good.