runner | rayapan | Botani | Tiada | Batang jenis menjalar yang kecil dan tampal dengan ruas-ruas yang panjang, merayap di atas permukaan tanah dan mengeluarkan akar adventitus di bahagian bukunya. Contohnya, pegaga dan kekacang penutup bumi. |
bamboo internode | ruas buluh | Buluh | Tiada | Bahagian batang yang terletak di antara dua buku. Kepanjangan ruas buluh berbeza-beza mengikut spesies. Contoh buluh yang mempunyai ruas panjang ialah buluh nipis (Schizostachyum zollingeri). |
internode hole | lubang ruas | Buluh | Tiada | Lubang yang dihasilkan, sama ada dengan cara menebuk setiap ruas menggunakan gerudi kecil atau menolak batang logam, bagi memecahkan diafragma antara ruas untuk membolehkan bahan kimia masuk ke dalam batang buluh. |
commutator | penukar tertib | Teknik | Elektrik | Komponen dalam angker atau pemutar mesin yang menukarkan arah arus di dalam sebarang litar. Peranti ini berbentuk silinder yang terdiri daripada susunan ruas-ruas palang logam bertebat di antara satu sama lain. Penghujung setiap belitan angker akan disambungkan pada palang-palang tersebut.. bekalan masuk atau keluar dari mesin ini akan diperoleh melalui berus dan penukar tertib. Penukar tertib ini dipasang pada aci berhampiran dengan angker dan turut berputar bersama-sama angker. |
foot | ruas | Kesusasteraan | Tiada | Unit rentak atau irama dalam puisi atau prosa; satu bahagian dari satu karangan yang disukat menurut pelbagai bentuk suku kata (panjang dan pendek; yang ditekan dan tidak ditekankan) untuk penganalisisan struktur. Kebanyakan prosa moden ditulis tanpa kesedaran terhadap bentuk yang seumpama itu; puisi terbaharu yang bebas juga tidak disukat menurut sistem ini. Pada peringkat tertentu, prosa klasik dan perkembangan puisi Barat mengikuti juga corak perulangan atau sistem ruas. Variasi ruas dalam karangan menguatkan lagi rentaknya, sementara perulangan ruas dalam sesebuah puisi melahirkan polairama. |
dirty bit | bit kotor | Komputer | Tiada | Bit taraf yang terdapat dalam ruas atau halaman ingatan untuk menunjukkan sama ada ruas atau halaman tersebut telah digunakan atau diubahsuai oleh suatu proses. Bit taraf ini menjadi kotor atau terset apabila ruas atau halaman ingatan berkenaan menjadi kotor kerana penulisan data padanya. |
toggle closing | kancing ruas | Kesenian | Tiada | Butang berbentuk ruas tebu, biasanya dari kayu yang dilekatkan pada pakaian dengan gelung tali dan dikancing dengan gelung di sebelah yang bertentangan. |
bifurcation ratio | nisbah pencabangan | Geologi | Tiada | Nisbah bilangan ruas sungai tingkat tertentu terhadap bilangan ruas sungai tingkat yang lebih tinggi berikutnya di suatu lembangan sungai. |
bifurcation ratio | nisbah cabangan | Hidrologi | Tiada | Nisbah bilangan ruas sungai tingkat tertentu terhadap bilangan ruas sungai tingkat yang lebih tinggi berikutnya di suatu lembangan sungai. |
articulation | pengartikulatan | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sendi di antara ruas tulang atau di antara segmen ruas batang atau ulas buah. artrosis. |