evacuee | pemindah | Sejarah | Tiada | Orang yang dikeluarkan dari rumahnya sendiri atau dari masyarakatnya sewaktu peperangan atau keadaan berbahaya sebagai langkah perlindungan. |
subscription television | televisyen langganan | Komunikasi | Tiada | Sistem televisyen yang memerlukan penonton membayar perkhidmatan siaran yang disalurkan ke rumahnya. |
increased hazard | bahaya meningkat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi insurans harta ditetapkan bahawa perlindungan akan digantung sekiranya bahaya dalam risiko yang dinsuranskan bertambah melebihi tahap yang dijangkakan semasa polisi dikeluarkan. Contoh: jika tuan punya rumah kediaman membuat bahan letupan di rumahnya, bahaya bagi rumah tersebut akan bertambah, dan sekiranya kerugian berlaku tuntutan akan ditolak oleh insurer. |
increased hazard | bahaya meningkat | insurans | Tiada | Polisi insurans harta ditetapkan bahawa perlindungan akan digantung sekiranya bahaya dalam risiko yang diinsuranskan bertambah melebihi tahap yang dijangkakan semasa polisi dikeluarkan. Contoh: jika tuan punya rumah kediaman membuat bahan letupan di dalam rumahnya, bahaya bagi rumah tersebut akan bertambah, dan sekiranya kerugian berlaku tuntutan akan ditolak oleh insurer. |
latent learning | pembelajaran terpendam | Psikologi | Psikologi Umum | Proses pembelajaran yang tidak memperlihatkan tingkah laku nyata dengan segera. Contohnya, kanak-kanak yang selalu melihat bapanya mengetatkan skru almari tidak akan dengan serta merta melakukannya sehinggalah selepas beberapa tahun berlalu barulah kanak-kanak itu yang mungkin sudah remaja atau dewasa boleh mengetatkan skru almari rumahnya dengan baik. Para pengkaji mendapati sukar untuk menentukan sesuatu yang diperoleh individu semasa pembelajaran terpendam tetapi begitu pasti bahawa individu sudah dapat memahami tentang respons yang akan dilakukan akibat daripada pemerhatian tersebut. |
phobia | fobia | Psikologi | Psikologi Umum | Kegerunan yang amat sangat dan tidak rasional yang dialami oleh individu terhadap objek atau keadaan tertentu. Fobia mungkin tidak banyak memberi kesan kepada kehidupan individu sekiranya rangsangan yang berkaitan dengan objek atau perkara yang difobiakan itu dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, sekiranya fobia itu seperti perasaan gerun terhadap orang asing, maka pesakit tersebut tidak dapat keluar dari rumahnya atau berada di khalayak. Contohnya, seorang wanita di Washington yang mengalami xenofobia hanya keluar rumah sebanyak tiga kali sepanjang 30 tahun hidupnya. |