Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quantum numbernombor kuantumKimiaTiadaNombor yang merupakan nilai unit asas tenaga elektromagnet. Nombor ini menyatakan sifat-sifat gelombang elektron. Elektron sesuatu unsur mempunyai empat nombor kuantum yang mentakrifkan sifat-sifatnya, iaitu pertama, nombor kuantum utama n yang terdiri daripada sebarang integer positif, (n = 1,2,3... ¥). Nombor ini menentukan aras atau petala tenaga elektron yang utama. Kedua, nombor kuantum momentum sudut l yang terdiri daripada integer yang berkait dengan n, iaitu l = 0, 1, ... , (n – 1). Nilai pemalar ini menentukan orbital. Misalnya, l = 0, orbital ialah s; l = 1, p; l = 2, d; dan seterusnya. Ketiga, nombor kuantum orbital magnet m yang terdiri daripada integer berkait dengan l, iaitu m = 0, ±1, ±2, ±3,... ±l. Nombor ini menyatakan orientasi orbit berasaskan medan magnet yang kuat. Keempat, nombor kuantum spin magnet s yang tidak ada kaitan dengan nombor-nombor kuantum lain, dan mempunyai nilai, sama ada + ½ atau - ½ bergantung pada arah spin elektron pada paksinya.
Hagen-Poiseuille equationpersamaan Hagen-PoiseuilleKejuruteraanKejuruteraan KimiaPersamaan yang menganggarkan kejatuhan tekanan aliran lamina cecair di dalam tiub sebagai (rujuk m/s 299) dengan �P = kecerunan tekanan, L = panjang tiub, D = garis pusat tiub, m = kelikatan, = halaju purata, gc = 1 kg m/s2 N. Persamaan ini digunakan untuk menentukan kelikatan bendalir Newtonan dengan mengukur kejatuhan tekanan dan halaju purata bendalir.
Poiseuille�s equationpersamaan PoiseuilleFizikMekanikPersamaan yang menghubungkan kadar aliran isi padu, Q, suatu bendalir yang melalui tiub silinder dengan beza tekanan, p, di antara hujung-hujung tiub itu, dan ditunjukkan sebagai: (a = jejari, l = panjang tiub, h = kelikatan bendalir). Persamaan ini tidak berlaku sekiranya nombor Reynold melebihi 2000.
Fanning friction factorfaktor geseran FanningKejuruteraanKejuruteraan KimiaFaktor geseran yang dicadangkan untuk kegunaan bagi aliran lamina di dalam paip yang diungkapkan sebagai , (rujuk m/s 45) dengan �� = faktor geseran Fanning, = tegasan ricih permukaan dinding (Pa), (rujuk m/s 45) r = ketumpatan (kg/m3), u = halaju purata (m/s), gc = 1 kg m/Ns2. atau sebagai , (rujuk m/s 45) dengan ?P = kejatuhan tekanan (Pa), D = garis pusat (m), L = panjang (m), gc = 1 kg m/N s2.
universal soil loss equationpersamaan umum kehilangan tanahPertanianTiadaPersamaan untuk meramal A, iaitu purata kehilangan tanah tahunan dalam unit jisim per unit luas per tahun, atau A = RKLSCP, R adalah faktor hujan, K faktor kebolehhakisan tanah, L panjang cerun, S peratus kecerunan, C faktor tanaman dan pengurusan dan P adalah faktor amalan pemuliharaan.
Raoult�s lawhukum RaoultKejuruteraanKejuruteraan KimiaHukum yang menyatakan bahawa fugasiti fasa cecair dan wap dianggap berkelakuan unggul. Persamaan hukum ini menghubungkan fugasiti fasa cecair dan wap yang berada dalam keadaan keseimbangan sebagai �vj = ypj , �Lj = xj Psj , pada keseimbangan ypj = xj Psj , dengan �v = fugasiti fasa wap (Pa), �L = fugasiti fasa cacair (Pa), x = pecahan mol atau jisim fasa cecair, y = pecahan mol atau jisim fasa wap, P = tekanan keseluruhan (Pa), Ps = tekanan tepu (Pa), subskrip j = komponen j.
quadrillequadrilleMuzikTiada<p> Tarian dewan yang popular pada abad ke-19. Quadrille diperkenalkan di Perancis (tahun 1760-an), London (1815) dan Berlin (1821). Tarian quadrille biasanya ditarikan oleh empat hingga lapan pasang penari. Tarian ini mengandungi lima ba­hagian yang saling berkaitan dengan lima jenis kontradans, iaitu La pantaloon, L'ete, Lapoule, La pastourelle dan s&txxfi-nale. Muziknya bersemangat dan bermeter 2/4 atau 6/8 secara berselang-seli.p>
zig-zag methodkaedah zig-zagTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan berdasarkan penyusunan teks yang melibatkan penulisan semula aksara dalam suatu teks pada baris berbeza menurut kedudukan aksara dalam teks biasa. Contohnya, teks biasa yang ingin disulitkan ialah �INI KAEDAH PENYULITAN SAYA� dan kaedah zig-zag yang digunakan untuk menulis aksara pada kedudukan ganjil dibaris atas, dan aksara pada kedudukan genap pada baris bawah. Proses penyulitannya adalah seperti yang berikut: I I A D H E Y L T N A A / / / / / / / / / / / N K E A P N U I A S Y Hasil penyulitan dalam teks sifer selepas pembacaan baris demi baris adalah seperti yang berikut: I I ADHEYLTNAANKEAPNUIASY Penerima teks sifer ini boleh menyahsulitkan mesej dengan menyongsangkan kaedah zig-zag yang digunakan.

Kembali ke atas