colic | kolik | Herba | Fitoterapi | 1. Sakit teruk yang memulas dan berurutan di abdomen. 2. Seorang bayi sihat yang menangis dengan kerap secara berterusan dan keterlaluan yang mungkin disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu (intolerans laktosa). |
algesia | algesia | Perubatan | Tiada | 1. Rasa sakit atau derita,. 2. Kepekaan terhadap rangsangan yang menyakitkan |
phenacetin poisoning | keracunan fenasetin | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan fenasetin, iaitu ubat yang diberikan untuk melegakan sakit dan mengurangkan demam. Pengingesan kronik telah dikaitkan dengan kegagalan renal kronik. Dos keracunan akut ialah 0.5 g - 5 g, dos parah ialah lebih kurang 1 g/kg. Gejala keracunan kronik termasuk sakit abdomen, sakit kepala, sianosis, pening, anemia, lesu, kerengsaan dan insomnia. Antara gejala keracunan akut ialah perpeluhan, kerengsaan gastrik, seram sejuk dan tinitus, tekanan darah turun, sianosis, oliguria, jaundis, koma, kekejangan dan mati akibat kegagalan pernafasan. |
anaesthetic | anestetik | Perubatan | Tiada | 1. Tidak peka terhadap rasa sentuh atau sakit dalam keadaan sedar atau tidak. 2. Drug yang menyebabkan hilangnya kepekaan terhadap rasa sentuh, sakit dan suhu dalam keadaan sedar atau tidak. |
anaesthetic | anestetik | Perubatan | Tiada | 1. Tidak peka terhadap rasa sentuh atau sakit dalam keadaan sedar atau tidak. 2. Drug yang menyebabkan hilangnya kepekaan terhadap rasa sentuh, sakit dan suhu dalam keadaan sedar atau tidak. |
anaesthetic | anestetik | Kimia | Tiada | 1. Tidak peka terhadap rasa sentuh atau sakit dalam keadaan sedar atau tidak. 2. Drug yang menyebabkan hilangnya kepekaan terhadap rasa sentuh, sakit dan suhu dalam keadaan sedar atau tidak. |
bilious | bilius | Herba | Fitoterapi | 1. Sebarang gangguan yang berkaitan dengan pengeluaran atau rembesan hempedu yang berlebihan. 2. Sakit yang disebabkan oleh gangguan fungsi hati yang mengakibatkan sembelit, sakit kepala, hilang selera makan dan muntah hempedu. 3. Sinonim kolemesis. |
semi-persistent | separa tekal | Biologi | Patologi | 1. Sifat virus yang boleh ditularkan ke tumbuhan sihat dan berupaya menyebabkan penyakit dalam beberapa hari, biasanya dalam batasan 1 – 7 hari setelah virus diperoleh daripada tumbuhan sakit oleh vektor. 2. Sifat ramuan aktif pestisid yang tahan agak lama, biasanya dalam batasan 1 – 7 hari setelah digunakan. bd. tekal, tak tekal. |
anodyne | anodin | Perubatan | Tiada | 1. Bahan ubat yang melegakan sakit; analgesik. 2. Sesuatu yang mengurangkan keresahan fikiran. |
aphoresis | aforesis | Perubatan | Tiada | 1. Tiadanya daya untuk menahan sakit. 2. Pembuangan bahagian melalui pemotongan. |