Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lai] | سالاي

Definisi : ; ikan ~ ikan yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; pisang ~ pisang yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; bersalai 1. sedang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; 2. duduk di atas tempat yg agak tinggi dan di bawahnya terdapat bara utk memanaskan badan (terutamanya bagi perempuan yg baru bersalin): amalan ~ utk menghangatkan badan dan mempercepat berkurangnya darah nifas dan mengecutkan rahim secara perlahan-lahan telah hampir lenyap; bergantung tidak bertali, ~ tidak berapi prb perempuan yg mengandung di luar nikah; menyalai 1. mengeringkan (mengasapi, me-manggang) di atas api: ibunya sedang ~ daging; getah itu dikerjakan terus sehingga lahirlah getah yg berkeping-keping dan disalai di rumah asap; 2. memanaskan badan dekat api (bagi perempuan yg baru bersalin); 3. memasang lampu (damar dll): kemudian dian pula yg disalai; tersalai (sedang) dikeringkan atau (diasapi) di atas api: ribuan keping getah yg ~ di situ; salaian 1. penyalai; 2. sesuatu yg disalai (diasapi) di atas api, hasil menyalai (meng-asapi) di atas api; penyalaian perbuatan (kerja, proses) menyalai sesuatu (getah, daging, dll); penyalai perkakas (para-para dsb) yg diguna-kan utk menyalai: dinyalakan apinya, dan ikan itu pun diaturnya di atas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lai] | سالاي

Definisi : ; bersalai berada dekat api (utk dikeringkan dll). menyalai 1 meletakkan di atas api supaya kering; mengeringkan di atas api: Ibunya telah ~ ikan yg ditangkapnya. 2 memanaskan badan di atas api (bagi orang yg baru bersalin). salaian sesuatu yg disalai. penyalai tempat menyalai sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salai
Kata Terbitan : bersalai, menyalai, tersalai, penyalaian, salaian, penyalai,

Peribahasa

Bersalai tidak berapi.

Bermaksud :

Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung. salai = dipanaskan atau dikeringkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
smoked fishikan salaiPerikananTiada1. Ikan yang diawet dengan menggunakan asap supaya lebih tahan lama. 2. Produk hasil perikanan yang diasapkan di rumah asap. Penghasilan ikan salai adalah dengan menggunakan kayu jenis keras ketika proses mengasap bagi mendapatkan aroma dan rasa yang berbeza. Kayu bergetah tidak sesuai digunakan kerana boleh menyebabkan tekstur ikan menjadi pahit.
smokesalai; asapGeografiTiadaTiada
smokesalai; asapPerhutananTiadaTiada
stovingsalai lunturKesenianTiadaTiada
smokeasap; salaiKejuruteraanTiadayang terdiri daripada gas dan zarah.
water smokesalaiKejuruteraanTiadaPemanasan di dalam tanur secara perlahan untuk membebaskan lengasan daripada tembikar.
wet stovingsalai luntur basahKesenianTiadaTiada
tunnel drierrumah salai kelubungPertanianTiadaTiada
smoke kilntanur salaiPerhutananTiadaTiada
smoking meatdaging salaiKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas