eusociality | eusosial | Biologi | Ekologi | Sistem sosial serangga yang mempunyai pembahagian-pembahagian kerja di kalangan morf, dan hanya ratu sahaja yang dapat membiak. Sistem sosial seperti ini sangat baik dalam mengekalkan kemandirian sesuatu populasi serangga. |
polytetrafluoroethylene | politetrafluoro-etilena | Kejuruteraan | Polimer | Sing. PTFE. Polimer linear hasil pemfluorinan polietilena yang mempunyai ikatan sekunder yang sangat tinggi yang menyebabkan ia mempunyai ketahanan haba yang sangat baik sehingga melebihi 200oC dan bersifat tahan kimia, tidak larut di dalam pelarut organik, asid dan alkali pekat, kalis api, tahan lelas, dan berintangan elektrik tinggi. Contoh jenama PTFE ialah Teflon. |
absorbent ointment | salap minyak | Herba | Tiada | Salap yang mempunyai bahan asas yang hanya menyerap sejumlah kecil air. Bahan asas ini terdiri daripada pepejal parafin, cecair parafin, minyak tetap tumbuhan, lemak haiwan, gliserida sintetik, lilin atau cecair polialkilsiloksana. Salap minyak merupakan emolien yang sangat baik. |
carbon nanotube | nanotiub karbon | Fizik | Nanoteknologi | Kepingan grafit yang digulung dalam bentuk tiub atau silinder dengan diameter beberapa nanometer. Molekul karbon ini mempunyai sifat-sifat yang berpotensi digunakan dalam nanoteknologi, optik dan bidang sains bahan yang lain. Sifat istimewa tiub ini adalah terlalu kukuh, ciri elektrik yang unik dan konduktor haba yang sangat baik. Terdapat dua jenis nanotiub, iaitu nanotiub dinding tunggal dan nanotiub berbilang dinding. |
land information system | sistem informasi tanah | Pertanian | Agroteknologi | Sistem yang mengandungi rekod yang tepat dari segi lokasi, nilai, keadaan semasa serta pendaftar sah pemilik, kegunaannya serta berkait dengan data maklumat geografi. �Segala maklumat telah dimasukkan dalam dokumentasi perundangan dan boleh dilihat, dimuat turun, dikemas kini, disimpan, dianalisis dan dicetak oleh kerajaan tempatan. Ia digunakan dalam perancangan dan pemilihan infrastruktur atau tanaman yang bersesuaian dengan maklumat yang ada. Kesannya sangat baik kerana penggunaan tanah dapat dilaksanakan sehingga ke paras maksimum. |
well-rounded | berbunder-baik/sangat bundar | Geologi | Tiada | Tiada |
giam | giam | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Hopea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Sabah dan Sarawak ialah selangan batu, dan terdapat lebih daripada sembilan spesies utama. Antaranya ialah Hopeaferrea, H. helferi, H. nutans, H. pierrei dan H. semicuneata. Gubal kayu giam amat sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning dengan sedikit kehijauan apabila segar, dan menjadi coklat merah apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sederhana halus, dengan ira yang sangat bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 865 hingga 1220 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat.Kayu giam agak sukar dikerjakn dan diawet, lambat mengering, mudah retak, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sangat baik. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan berat seperti jambatan, tiang, badan lori, dan kayu landasan kereta api. |
inactive trading | dagangan lembap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Urus niaga yang tidak rancak, iaitu situasi pesanan belian atau jualan sangat kurang baik bagi sesuatu sekuriti ataupun pasaran keseluruhannya dengan jurang antara harga tawar dengan harga bida agak besar. |
classical | klasik | Sejarah | Tiada | 1. Berhubung dengan penghasilan karya seni yang setanding dengan tamadun Greek dan Rome purba.,2. Sesuatu peristiwa yang dianggap sangat bersejarah baik dari segi teori, kaedah atau idea yang membawa nilai perubahan. |
air pressure | tekanan udara | Sains | Hidrometeorologi | Tekanan oleh udara. Walaupun ini merupakan istilah yang sangat umum, ia paling baik digunakan dalam keadaan yang berkaitan dengan isipadu udara yang terhad, seperti dalam ruang tertutup. Istilah ini sama sekali tidak boleh digunakan untuk menunjukkan daya berarah, seperti tekanan angin. |