Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ra.an] | ساراءن

Definisi : wang yg diberikan kpd seseorang utk membantu kehidupannya: ~ ini akan ber-panjangan sehingga ahli keluarga itu mampu berdikari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saraan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
remunerationsaraanPentadbiranTiadaTiada
remunerationsaraanUndang-undangTiadaTiada
remunerationsaraan; imbuhanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
per diemsaraan harianKomunikasiKorporatSistem upah yang diberikan oleh organisasi kepada petugas atau perunding sesuatu perkhidmatan komunikasi, seperti perkhidmatan perunding latihan komunikasi dan perunding komunikasi pembangunan. Pembayaran sistem upah ini dikira berdasarkan jumlah hari bekerja tanpa mengira tempoh sesuatu perkhidmatan ditetapkan. Kadar upah adalah sama setiap hari walaupun jumlah masa bagi setiap hari bekerja tidak sama. Walau bagaimanapun, pemberi dan penerima perkhidmatan perlu membuat persetujuan terlebih dahulu dalam tempoh penyempurnaan sesuatu perkhidmatan tersebut. Sistem pembayaran jenis ini dilakukan terhadap sesuatu perkhidmatan yang bersifat sementara atau sambilan. Amalan pembayaran jenis ini juga kerap dilakukan oleh agensi pengiklanan, perhubungan awam, dan syarikat penerbitan audiovisual yang kecil yang tidak mampu membayar gaji pekerja tetap untuk sesuatu jenis kerja, seperti pengarah filem atau video dan penyunting.
maintenance anaesthesiaanestesia saraanVeterinarTiadaTiada
maintenance rationrangsum saraanVeterinarTiadaMakanan yang diperlukan untuk menyara ternakan supaya tidak mengalami sebarang penambahan atau pengurangan berat badan dalam keadaan ternakan tersebut tidak produktif. Keperluan tenaga dan protein yang diperlukan oleh ternakan hanya cukup untuk keperluan asas seperti memanaskan badan, proses metabolisme dalam badan, pergerakan yang minimum dan membaik pulih tisu-tisu badan.
maintenance requirementkeperluan saraanVeterinarTiadaKeperluan tenaga dan protein yang hanya mencukupi untuk proses metabolisme asas dan pergerakan minimum otot supaya berat badan ternakan tidak meningkat atau menurun. Ternakan yang diberi tenaga dan protein pada tahap ini tidak akan menghasilkan produk seperti susu dan telur. Keperluan ini dipengaruhi oleh baka, umur, tahap fisiologi dan suhu persekitaran.
health maintenance planrancangan saraan kesihatanVeterinarTiadaTiada
feedmakananVeterinarTiadaBahan makanan yang diberi kepada haiwan bagi tujuan saraan, pertumbuhan dan pengeluaran. Bahan makanan berbeza mengikut jenis haiwan, misalnya haiwan ruminan diberi bahan kasar (berserabut) atau foraj seperti rumput, jerami dan hasil sampingan pertanian, manakala haiwan monogaster pula diberi konsentrat yang tinggi kualitinya seperti jagung, hampas kacang soya, dedak padi, dedak gandum, barli dan mil ikan. Bahan makanan ini membekalkan protein, tenaga, mineral dan vitamin untuk menjamin kesempurnaan hidup ternakan. Di samping itu, bahan makanan ini diperlukan untuk menghasilkan produk-produk seperti daging, telur, susu dan bulu. Makanan yang diberi kepada ternakan mestilah berkualiti, enak, mudah dikendalikan, tiada kandungan toksik, mempunyai nilai cerna yang tinggi dan mencukupi kandungan nutriennya.
major elementunsur utamaVeterinarTiadaUnsur-unsur yang diperlukan oleh organisma hidup untuk memastikan pertumbuhan dan saraan yang normal. Di samping unsur yang terdapat dalam bentuk sebatian organik seperti karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen, organisma hidup juga memerlukan satu julat unsur dalam bentuk inorganik. Unsur-unsur inoganik yang terdapat dalam tisu pada kadar yang tinggi (melebihi 0.005 %) ialah kalsium, fosforus, kalium, natrium, kloran, sulfur dan magnesium. Unsur-unsur ini terlibat dalam pembentukan struktur tisu tubuh seperti tulang, otot dan bulu serta terlibat juga dalam sistem fisiologi dan biokimia tubuh seperti enzim, hormon, cairan tubuh dan pengangkutan aktif dalam metabolisme tubuh. Sinonim unsur makro.
12

Kembali ke atas