sawa luka | sawa luka | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Helicia spp. dan Heliciopsis spp. daripada famili Proteaceae.. Spesies utamanya termasuk Helicia rufescens, dan Heliciopsis montana. Gubal kayu sawa luka berwarna merah kekuningan,dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata, kerana terdapat tisu ruji yang lebar. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 785 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini mudah diproses, dikemas siap, dan dikeringkan, mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah tetapi mudah diawet. Kayu ini sesuai untuk perabot, tanggam bermutu tinggi dan kabinet. |
linopung(Rgs.) | linopung(Rgs.) | Kesenian | Tiada | Motif tenunan berunsur keadaan berbentuk corak kulit ular sawa. siku keluang |
khaki cotton | kapas khaki | Kesenian | Tiada | Istilah untuk pelbagai kain kapas dari India Timur dan China yang berwarna sawa matang atau seakan-akan tengguli. |
mersawa | mersawa | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Anisoptera spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah loh, medang sawa, rengkung, sanai, sepah, petri dan terbak, dan di Sabah ialah pengiran. Spesies utamanya termasuk Anisoptera costata, A. corsiti, dan A. laevis. Gubal kayu mersawa sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya yang berwarna kuning tua dan menjadi gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini sukar dikerjakan kerana mengandungi silika yang boleh menumpulkan mata pemotong, lambat mengering, sederhana tahan, dan sukar diawet. Kayu mersawa banyak digunakan dalam pembuatan venir, papan lapis dan perabot, dan kerja binaan sederhana. |
professional liability insurance | insurans liabiliti profesional | insurans | Tiada | 1. lih. insurans salah amalan untuk takrif yang bersesuaian dengan bidang perubatan. 2. lih. insurans ralat dan ketinggalan untuk takrif yang bersesuaian dengan bidang seperti perundangan dan perakaunan. Ralat dan ketinggalan juga terdapat di dalam kebanyakan jenis perniagaan seperti agensi pelancongan dan ibu sawa telefon. |