tuffaceous sediment | sedimen tufaan; sedimen bertufa | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
sedimentary facies | fasies endapan | Sains Marin | Tiada | Struktur atau bahagian sedimen yang dipisahkan daripada badan sedimen yang dapat dikenali sebagai berbeza daripada sedimen bersebelahan, berpunca daripada persekitaran dan ketara daripada bahagian lain. Umumnya ahli geologi membezakan fenomena ini dengan aspek batuan atau sedimen yang sedang dikaji. |
sands | pasir | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Butiran sedimen kelas atau sedimen gersik (detritus) yang berdiameter antara 1/16 – 2 mm. Kebanyakan butiran ini terdiri daripada serpihan mineral kuarza. Apabila butiran-butiran ini disimen dan menjadi keras maka terbentuklah batu pasir. 2) Dalam industri petroleum, istilah ini kadang-kadang dipakai untuk maksud batu pasir. |
wet density | ketumpatan basah | Kejuruteraan | Petroleum | Ketumpatan sedimen atau batuan sedimen apabila pori-porinya ditepui oleh air. Iatilah ketumpatan basah juga digunakan untuk ketumpatan minyak atau gas yang mengandungi air. |
bioturbation | biokacauan | Sains Marin | Tiada | Gangguan terhadap lapisan sedimen yang disebabkan oleh aktiviti organisma hidup, terutamanya organisma penggerek dan penggali seperti cacing poliketa, timun laut dan ikan pari. Biokacauan melibatkan pergolakan dan percampuran lapisan- lapisan sedimen, yang seterusnya menyebabkan perubahan pada sifat sedimen seperti tekstur, keadaan pengudaraan, pengoksidaan, liang dan irigasi sedimen. Biokacauan penting kepada ekologi kawasan bentik kerana mewujudkan ruang (spatial) baharu yang boleh dikolonisasikan semula oleh berbagai-bagai spesies bentos. Selain itu, peningkatan pengudaraan dan irigasi sedimen membolehkan organisma bentos meneroka lebih jauh ke dalam sedimen. |
sediment yield | hasil enapan | Pertanian | Tiada | Hasil bersih penanggalan sedimen oleh dampakan titis hujan dan arus air, pengangkutan sedimen oleh percikan titis hujan dan arus air, dan pemendapan sedimen. |
epibenthos | epibentos | Sains Marin | Tiada | Organisma bentik (bentos) yang hidup di bahagian permukaan sedimen dasar laut atau di kawasan antara muka sedimen-air. Epibentos biasanya melekat pada permukaan sedimen, batuan dasar atau cangkerang. Contohnya, rumpai laut, span, timun laut, teritip dan sebagainya. |
accretionary ridge | permatang akretan | Sains Marin | Tiada | Sedimen dan serpihan batu yang telah terkumpul apabila plat lautan turun memenuhi plat utama (lautan atau benua) di zon subduksi. Sedimen atau serpihan batu di permatang ini kebanyakannya sedimen marin dikikis dari plat lautan yang menurun. |
coal | batu arang | Kimia | Tiada | Sejenis batuan sedimen yang wujud secara semulajadi berselang lapis dengan batuan sedimen yang lain; terbina daripada bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan seperti kayu-kayan yang telah mengeras menjadi batu. Batuan ini terjadi menerusi proses penimbunan kayu-kayan (tumbuh-tumbuhan) bersama-sama dengan sedimen lain dalam lembangan pemendapan. Akibat tindakan suhu, tekanan, proses kimia serta kegiatan bakteria, kayu yang tertimbus itu menjadi batu arang. Bergantung pada keamatan suhu dan beberapa faktor lain, pembatuarangan boleh terjadi dalam beberapa gred atau darjat. |
coal | batu arang | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis batuan sedimen yang wujud secara semulajadi berselang lapis dengan batuan sedimen yang lain; terbina daripada bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan seperti kayu-kayan yang telah mengeras menjadi batu. Batuan ini terjadi menerusi proses penimbunan kayu-kayan (tumbuh-tumbuhan) bersama-sama dengan sedimen lain dalam lembangan pemendapan. Akibat tindakan suhu, tekanan, proses kimia serta kegiatan bakteria, kayu yang tertimbus itu menjadi batu arang. Bergantung pada keamatan suhu dan beberapa faktor lain, pembatuarangan boleh terjadi dalam beberapa gred atau darjat. |