square pitch heat exchanger | penukar haba pic segi empat sama | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba yang tiubnya disusun dalam bentuk segi empat sama dan tiub dijarakkan � inci untuk memudahkan pencucian dengan menggunakan berus. Penukar haba jenis ini digunakan sekiranya bendalir pemanas kotor dan mudah memendapkan kotoran pada permukaan tiub. |
square number | nombor segi empat sama | Matematik | Tiada | Nombor yang merupakan kuasa dua bagi nombor asli. Nombor ini ialah bilangan titik yang membentuk rajah segi empat sama. Misalnya, 1, 4, 9, dan 16. |
inverse matrix | matriks songsang | Matematik | Tiada | Matriks segi empat yang, apabila didarab dengan suatu matriks segi empat sama, menghasilkan matriks identiti. Diberi matriks segi empat sama A dan B dengan AB + BA = I (matriks identiti). A dikenali sebagai matriks songsang kepada B dan A ditulis sebagai B-1. |
congruent transformation | penjelmaan kongruen | Kejuruteraan | Tiada | Penjelmaan yang memetakan setiap matriks segi empat sama A kepada matriks segi empat sama B supaya B menjadi matriks kongruen bagi A. |
congruent transformation | penjelmaan kongruen | Matematik | Tiada | Penjelmaan yang memetakan setiap matriks segi empat sama A kepada matriks segi empat sama B supaya B menjadi matriks kongruen bagi A. |
magic square | segi empat sama ajaib | Matematik | Tiada | Satu susunan nombor dalam bentuk segi empat sama supaya setiap baris, lajur, dan pepenjuru memberi jumlah yang sama. |
port-hole slab | kepingan pintu bulat | Sejarah | Tiada | Batu rata dan tebal biasanya segi empat sama atau segi empat bujur, berlubang di tengah-tengahnya membentuk laluan masuk keluar ke bilik, kadang kala lubang ini membentuk segi empat sama. |
square well | perigi segi empat sama | Fizik | Nanoteknologi | Nanostruktur satu dimensi bahan yang difabrikasi supaya memberikan kesan kuantum yang sama seperti elektron terkurung dalam perigi keupayaan berbentuk segi empat sama. Struktur ini berbentuk filem tipis berketebalan sama atau kurang daripada 100 nm. Contohnya, filem tipis galium arsenida yang dimendapkan di atas satu substrat. |
necessary condition | syarat perlu | Matematik | Tiada | Akibat dalam pernyataan yang berbentuk implikasi. Diberi implikasi “Jika p, maka q”, “q” dikatakan syarat perlu bagi “p”. Contoh: “Jika segi empat ABCD ialah segi empat sama, maka setiap sudutnya ialah sudut tegak.” “Setiap sudutnya ialah sudut tegak” merupakan syarat perlu bagi “segi empat ABCD ialah segi empat sama”. |
square | segi empat sama | Matematik | Tiada | Segi empat yang semua sisinya sama panjang dan semua sudutnya sudut tegak. |