Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
huebneritehuebneritGeologiTiadaMineral daripada siri wolframit yang berwarna merah kecoklatan hingga hitam dan mungkin mengandung sehingga 20 peratus besi tungstat.
Azadirachta indicamambuHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Meliaceae dan dikenali juga sebagai neem dan margosa. Mambu berasal dari India dan telah tersebar luas di negara tropika dan subtropika. Ketinggiannya mencapai sehingga 30 meter dan biasanya ditanam sebagai tanaman landskap, tanaman teduhan dan untuk tujuan perubatan. Daunnya jenis majmuk pinat mengandungi 9 hingga 15 anak daun. Bentuk anak daun tidak simetri dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis panikel yang keluar dari celah daun di bahagian pucuk dan cabang muda. Bunganya kecil berwarna putih, buahnya bulat lonjong dan berwarna kuning apabila matang. Jus daun dan kulit diminum untuk merawat malaria dan sebagai tonik kesihatan. Daun mambu disapukan di bahagian luaran untuk merawat kudis dan rasa gatal akibat kudis demam campak. Daunnya boleh dimakan mentah untuk mengurangkan kesan termakan racun. Minyak biji digunakan sebagai antiseptik untuk merawat luka dan masalah kulit. Tumbuhan ini mengandungi tetranortriterpenoid azadiraktin yang berpotensi digunakan untuk men
thermomechanical pulppulpa termomekanikalPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPulpa mekanikal yang dhasilkan daengan cara melembutkan serpai kayu dengan rawatan stim pada suhu 100�C hingga 150�C dan tekanan sehingga 700 kPa. Pulpa kemudiannya digilis dan dihaluskan menggunakan penghalus mekanikal. Pulpa ini digunakan untuk membuat kertas surat khabar.
romanticismromantisismeKesusasteraanTiadaAliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Aliran ini mengutamakan perasaan, keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu. Suatu era dalam kesusasteraan Inggeris dari 1789 (di awal permulaan Revolusi Perancis) atau 1798 (penerbitan Lyrical Ballads oleh Wordsworth dan Coleridge) sehingga 1832 (Queen Victoria menaiki tahta). Aliran ini bermula sebagai reaksi terhadap kekangan yang ada pada jarak estetik dan formalisme neoklasisme, dan memerlukan puitika dan falsafah yang menumpu kepada perasaan dan imaginasi individu. Istilah romantisisme buat pertama kalinya digunakan oleh penulis Jerman, Friedrich von Schlegel dalam membicarakan sastera khayalan. Sastera ini mempunyai kaitan dengan karya roman awal dan berbeza dengan sastera klasik. Pomantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu adalah asas bagi penekanan moden bagi suara. Secara falsafahnya, perkembangan ini mengundang kepada be
clichekliseKesusasteraanTiadaUngkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah.
bound waterair terikatGeologiTiada2. Air yang merupakan bahagian suatu sistem seperti tisu atau tanih dan tidak membentuk hablur ais sehingga suhu bahan direndahkan hingga kira-kira -20oC.
balau merahbalau merahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Shorea spp. yang berwarna merah atau merah coklat daripada famili Dipterocarpaceae. Nama di semenanjung termasuk balau laut merah, damar laut merah, dan membatu, manakala Sabah dan Sarawak pula ialah selanggan batu merah. Spesies utama balau merah ialah Shorea collina, S. kunstleri, S. guiso dan S. ochrophlioa. Gubal kayu balau jenis ini berwarna merah jambu, ungu coklat atau kelabu coklat, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah coklat tua. Tekstur kayunya halus sehingga sederhana kasar dan sekata dengan ira yang amat bersimpul. Kayu balau merah mengering dengan pelahan, dan mengalami retak permukaan dengan kadar kecutan yang agak tinggi. Kayu jenis ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu balau merah agak sukar diproses tetapi mudah dikemas siap, dan digunakan untuk kerja binaan berat, seperti tiang, rasuk, rangka pintu dan tingkat, dan dalam pembuatan perabot kegu
dissociative anaesthesiaanestesia disosiatifPerubatanTiadaKeadaan pesakit yang pengsan disebabkan pemberian suntikan agen induksi ketamin. Pesakit pengsan beberapa minit selepas suntikan intravena ketamin dengan kadar 1 mg/kg hingga 2 mg/kg dan terus pengsan sehingga 15 minit. Anestesia disosiatif biasanya diberikan kepada pesakit pediatrik yang menjalani pembedahan kecil dan masa pembedahan yang pendek seperti berkhatan, prosedur radiodiagnostik-neurologikal, prosedur terapeutik, penukaran pembalut luka, dan pemeriksaan mata bayi.
leaf insectblalang daunBiologiEntomologiSerangga dalam kumpulan Phasmida yang sebangsa dengan serangga ranting, tetapi mempunyai bentuk badan yang sangat leper sehingga menyerupai daun. Sayap belakangnya teratrofi dan kantung sayapnya melebar hingga kelihatan seperti daun kering. Serangga ini biasanya terdapat di hutan tropika dan samarannya sangat berkesan apabila dalam keadaan diam.
haboobhabMeteorologiMeteorologi PerhubunganRibut pasir yang sering berlaku di Sudan pada waktu tengah hari dan petang dari bulan Mei hingga September. Namanya berasal daripada kata Arab habb yang bermaksud angin. Halaju maksimumnya lebih daripada 50 km sejam dan pernah tercatat sehingga 100 km sejam.
123456

Kembali ke atas