Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ke.jap] | سکجڤ

Definisi : sebentar, seketika: ~ lagi baliklah dia; tunggu ~ nanti sebentar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ke.jap] | سکجڤ

Definisi : sekelip mata; tidak lama; sebentar; seketika: ~ lagi dia akan pulang. Dia bermain ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejap1
1. Dalam konteks mata
bersinonim dengan kelip, kedip, kerlip, kenyit, kebil,
(kata kerja:)

2 Bersinonim dengan sebentar
( sekelip, seketika, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekejap, mengejapkan, terkejap-kejap,

Puisi
 

Layang-layang menyambar duri,
     Hinggap sekejap di kayu jati;
Kasih sayang datang ke mari,
     Abang sudah sedia menanti.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mujur sepanjang hari,
     malang sekejap mata.

Bermaksud :

Malang yang tak dapat dielakkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)

254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
casual absencespemergian sekejap-sekejapPentadbiranTiadaTiada
bedbugpijatBiologiEntomologiSerangga ektoparasit dalam order Hemiptera, yang hidup pada perumahnya secara sekejap-sekejap dan menghisap darah perumahnya dari semasa ke semasa. Serangga ini mempunyai bentuk badan yang pipih dan tidak bersayap.
kelp flylalat kelpaBiologiEntomologiNama am bagi lalat dalam famili Coelopidae yang mempunyai sayap dan berbentuk leper. Lalat ini terbang sekejap-sekejap dan dapat meluncur dari permukaan air. Larva lalat ini pula hidup dengan memakan rumpair busuk di pantai.
intermittent painsakit berjedaPerubatanTiadaSakit yang tidak berterusan, sekejap ada dan sekejap tiada.
shortbath treatmentrawatan mandian sekejapPerikananTiadaTiada
short buttonpunat main sekejapSosiologiTiadaPunat yang dapat memendekkan masa main.
short-acting relaxantrelaksan bertindak sekejapPerubatanTiadaUbat relaksan yang berkesan untuk satu jangka masa singkat.
amaurosis fugaxamaurosis fugaksPerubatanTiadaButa sekejap akibat kurangnya darah yang mengalir ke retina,disebabkan penyakit karotid
pausejedaKesusasteraanTiadaPerhentian suara yang sekejap untuk menandakan batas hubungan antara bahagian-bahagian ayat.
showerhujan mencurahSainsHidrometeorologiKerpasan yang selalunya sekejap tetapi lebat dan turun dari awan olakan. Titisan zarah pepejal dalam hujan mencurah biasanya lebih besar daripada unsur-unsur yang sama dalam kerpasan jenis lain. Hujan mencurah dicirikan oleh permulaan dan pemberhentian yang mengejut, selalunya dengan perubahan kelebatan yang besar dan mendadak dan, yang paling sering ialah perubahan rupa langit; iaitu perubahan daripada awan hitam (kumulonimbus) kepada langit cerah dalam tempoh yang singkat.
12

Kembali ke atas