Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lem.pang] | سلمڤڠ

Definisi : (selémpang) sesuatu yg diselen­dangkan dr bahu menyilang dada (sbg tanda pangkat dll): kain cindai berambu kuning, ~ kain Bugis Kembayat; berselempang memakai selempang; berselempangkan memakai sesuatu sbg selempang: petang itu dia berbaju Melayu, berkopiah putih, dan ~ kain serban di bahu; menyelempangkan mengenakan sesuatu dr bahu menyilang dada, mengenakan selem­pang: memakai baju Melayu dan seluar warna hitam serta berdestar, dan kainnya diselempangkan di bahunya; terselempang tersandang di bahu dan me­nyilang dada: senapang yg ~ di belakangnya tadi, sekarang dipegangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lem.pang] | سلمڤڠ

Definisi : Jk khuatir, cemas, bimbang, gelisah; menyelempangkan mengkhuatir­kan, mem­-bim­bangkan, mencemaskan, menggeli­sahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lem.pang] | سلمڤڠ

Definisi : ark; terselempang jatuh ter­kangkang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lem.pang] | سلمڤڠ

Definisi : /selémpang/ sesuatu yg diselendangkan menyilang dr bahu hingga ke pinggang sbg tanda pangkat dll. menyelempangkan memakai sesuatu menyilang dr bahu hingga ke pinggang; mengenakan selempang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selempang (kata kerja)
Bersinonim dengan jatuh terkangkang, rebah, tumbang, tergolek, kejengkang, terjerangkang, terjelepak, terjerongkang.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bakul selempangbakul selempangKesenianTiadaBakul angkut bertangkai yang dibawa dengan cara menyelempangkan tangkainya.
asoochselempangKesenianTiadaIstilah yang merujuk kepada kain yang disandang di bahu dan menyilang ke pinggul.
kampilkampilKesenianTiadaBakul selempang daripada mengkuang yang berbentuk bujur di bahagian mulut dan dasarnya luas, bersahap dan beranyam rapat, digunakan untuk membawa makanan ringan seperti sirih, pinang dan tembakau.
nambit Dus.nambit Dus.KesenianTiadaBakul selempang daripada rotan, berbentuk segi empat bujur, kecil sedikit daripada barait dan digunakan untuk membawa sirih.
selok (Ib.)selok (Ib.)KesenianTiadaBakul selempang daripada buluh atau rotan yang berbentuk silinder, beranyam rapat, bermulut bulat, bertapak bucu empat, dan digunakan untuk keperluan harian atau upacara tertentu. Manakala anyaman tanpa corak digunakan untuk membawa benih padi.
ragak (Ib.)ragak Ib.KesenianTiadaBakul selempang daripada rotan, bemban atau kulit pelepah palma berbentuk bujur, bermulut bujur, beranyam jarang digunakan untuk membawa sayur-sayuran dan barang-barang ringan.
ranjuk (Ib.)ranjuk (Ib.)KesenianTiadaBakul selempang daripada bemban, berbentuk silinder, berbingkai, berbucu empat di bahagian tapak dan beranyam jarang, digunakan oleh kaum wanita.
tall talescerita karutKesusasteraanTiadaCerita-cerita lucu yang menggunakan unsur-unsur kejadian sebenar dan diceritakan kembali sehingga menjadi cerita yang tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal. Contoh: cerita Selempang Merah dan cerita Datok Bahaman menyeberangi sungai Pahang.

Kembali ke atas