nationalism | nasionalisme | Muzik | Tiada | Gaya muzik yang muncul pada abad ke-19. Idea dan semangat patriotisme ditekankan dan disampaikan melalui muzik. Karya muzik mengandungi elemen muzik rakyat dari segi ritma dan melodi. Ritma tarian rakyat dan personaliti tokoh juga digunakan sebagai asas penciptaan muzik. Contohnya, Boris Godunov (1869) oleh Mussorgsky. |
seme | seme | Kesusasteraan | Tiada | Unit makna yang terkecil dalam sastera. Unit ini biasanya merupakan fitur utama yang mencirikan sesuatu. Seme berasal daripada perkataan Yunani sema yang bermaksud �tanda�. |
methanol poisoning | keracunan metanol | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan metanol, iaitu alkohol yang sangat beracun. Dos maut metanol ialah 60 mL -250 mL dan had pendedahan individu terhadap alkohol ini ialah 200 ppm. Metanol mungkin menyebabkan rasa loya, muntah, sakit perut, dan buta. Kematian mungkin berlaku selepas meminum 60 mL metanol sahaja. Dalam kes parah, hati, buah pinggang, dan jantung menunjukkan degenerasi parenkimatus. Paru-paru menunjukkan epitelium terdeskuamat, emfi sema, edema, kesesakan, dan pneumonia bronkus. Otak mungkin menunjukkan edema, hiperemia, dan petekia. Mata menunjukkan perubahan degeneratif dalam retina dan edema cakera optik, dan mungkin terdapat atrofi saraf optik. Epitelium kornea mungkin menunjukkan perubahan degeneratif. |
noise | hingar | Komunikasi | Korporat | Sebarang unsur yang boleh mengganggu proses komunikasi yang sedang berlangsung. Gangguan boleh wujud dalam bentuk elektronik, komunikasi antara manusia, atau komunikasi bertulis. Jenis gangguan dalam komunikasi elektronik wujud dalam bentuk gangguan elektrik, mekanik, atau persekitaran seperti bunyi jentera dan kenderaan yang boleh menjejaskan kelancaran penyampaian maklumat secara elektronik terutama proses komunikasi yang menggunakan frekuensi elektromagnetik. Gangguan dalam komunikasi antara manusia boleh wujud dalam persekitaran semasa proses komunikasi berlaku. Contoh gangguan adalah seperti salakan anjing yang bertalu-talu, pergerakan di persekitaran yang tidak dijangka sema sesi ceramah berlangsung, atau penggunaan bahasa badan yang keterlaluan. Gangguan dalam komunikasi bertulis pula, boleh wujud seperti penggunaan ayat yang tidak lancar atau ayat yang bersambung-sambung yang dicetak pada halaman yang berbeza dan kelancaran ayat yang diganggu oleh kewujudan reka letak visual yang tidak sesuai. Secara |