five points of architecture | lima prinsip asas seni bina | Kesenian | Seni Bina | Prinsip-prinsip asas dalam seni bina yang diperkenalkan oleh tokoh arkitek terkemuka, Le Corbusier yang merangkumi lima perkara utama, iaitu: (i) Penggunaan pelan terbuka. (ii) Bangunan dinaikkan di atas susunan tiang. (iii) Mukaan bangunan yang tidak bergantung pada kedudukan tiang (dinding salut). (iv) Penerapan taman di ruang atas bahagian bumbung. (v) Jalur tingkap memanjang tanpa halangan struktur. Contoh bangunan yang mengaplikasikan prinsip tersebut ialah Villa Savoye di Poissy, Perancis. |
draughtman | pelukis pelan | Kesenian | Seni Bina | Orang yang menyediakan lukisan teknikal dan pelan bangunan di bawah arahan seorang arkitek atau jurutera. Seorang pelukis pelan perlu mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil dari institusi kemahiran, mahir menggunakan perisian AutoCad dan mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Antara tugas pelukis pelan ialah: i. Menyediakan lukisan arkitek dan pereka bentuk daripada lakaran serta spesifikasi bagi pembuatan dan pemasangan jentera dan peralatan, atau bagi pembinaan bangunan, empangan, jambatan, jalan raya dan projek kejuruteraan awam yang lain. ii. Mengendalikan kelengkapan lukisan dengan menggunakan komputer untuk mencipta, mengubah dan menghasilkan salinan cetak dan digital bagi lukisan kerja. iii. Mengendalikan meja digital atau kelengkapan yang seumpamanya untuk memindahkan salinan cetak lukisan kerja, peta dan lain-lain ke dalam bentuk digital. |
application server | pelayan aplikasi | Teknologi Maklumat | Perisian | Pelayan yang menjadi hos antara muka atur cara aplikasi (API), dalam seni bina n-tier bagi mendedahkan logik perniagaan dan proses perniagaan aplikasi tersebut bagi kegunaan aplikasi lain. Pelayan aplikasi juga merujuk kepada: i. Perkhidmatan yang disediakan oleh pelayan. ii. Perkakasan yang diperlukan bagi menggunakan perkhidmatan yang disediakan. iii. Kerangka perisian yang digunakan untuk menjadi hos kepada perkhidmatan yang disediakan seperti Jboss dan Oracle Application Server. |
software documentation | dokumentasi perisian | Teknologi Maklumat | Perisian | Dokumentasi kod sumber dan teks yang ditulis berserta perisian komputer. Dokumentasi ini menerangkan cara perisian tersebut digunakan. Dokumentasi merupakan salah satu aktiviti yang penting dalam kejuruteraan perisian. Beberapa jenis dokumentasi adalah seperti yang berikut: i) Dokumentasi reka bentuk atau seni bina yang merangkumi gambaran keseluruhan pembangunan perisian, hubungan dengan persekitaran dan prinsip-prinsip pembangunan yang digunakan dalam reka bentuk komponen perisian. ii) Dokumentasi teknikal, termasuklah kod dokumentasi, algoritma, antara muka dan antara muka atur cara aplikasi (API). iii) Dokumentasi pengguna akhir, termasuklah penyediaan manual untuk pengguna, pentadbir sistem dan staf sokongan. iv) Dokumentasi pemasaran, termasuklah cara untuk memasarkan produk dan analisis bagi permintaan pasaran. |