bellum justum | bellum justum | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Teori perang adil yang menyatakan bahawa pihak yang berperang hendaklah mempunyai alasan yang wajar untuk berperang. Teori ini membezakan keadaan penggunaan senjata yang dibenarkan dan keadaan penggunaan senjata yang tidak dibenarkan. Teori ini dikaji oleh ahli-ahli teologi moral, ahli etika dan pembuat dasar antarabangsa yang menyatakan bahawa sesuatu konflik keganasan sepatutnya perlu memenuhi kriteria-kriteria falsafah, agama dan politik. Konsep bellum justum berasal daripada tradisi Romawi kuno yang diterima menjadi undang-undang perang oleh golongan Kristian pada abad ke-4, seperti Agustinus dan pada abad ke-17 oleh Hugo Grotius. Teori ini tidak lagi diamalkan pada masa kini. Pada abad ke-20, konsep keselamatan bersama diperkenalkan oleh Waad Liga Bangsa-Bangsa dan kemudiannya diperteguhkan dalam Piagam PBB yang melarang penggunaan kekerasan melainkan hanya untuk mempertahankan diri dan dengan kebenaran Majlis Keselamatan PBB. Sinonim peperangan adil. |