sepetir | sepetir | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Sindora spp., dan copaifera palustris. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Sabah ialah tampar hantu, dan di Sarawak ialah petir. Gubal kayu sepetir berwarna coklat, kelabu dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna coklat dan menjadi lebih gelap apabila terdedah. Kadangkala kayu sepetir mempunyai kor yang berjalur hitam. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 530 hingga 785 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikemas siap, tetapi sukar dikerjakan dan lambat mengering. Ketahanan semula jadinya sederhana, sukar diawet dan gubal kayunya mudah diserang bubuk. Kayu seperti ini sangat popular untuk perabot, karbinet bermutu tinggi, tanggaman, venir, dan papan lapis. |
Leguminosae | Leguminosae | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Famili tumbuhan berkayu yang terpenting di Malaysia selepas famili Dipterocarpaceae. Antara spesies kayu dagangan termasuk kekatung, keranji, merbau, kempas, kungkur, dan sepetir. |
flat sawing | penggergajian tangen | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Cara membelah atau mengergajikan kayu balak supaya sudut permukaan lebar papan dengan pertumbuhan kurang daripada 45�. Cara ini sesuai untuk kayu yang mempunyai corak ira yang menarik seperti mahogani, sepetir dan nyatuh, yang banyak digunakan untuk membuat perabot dan kayu kumai. Sin: pengergajian sisi |