double-tenth | hari sepuluh-sepuluh | Sejarah | Tiada | Tarikh 10 Oktober yang dirayakan oleh golongan Nasionalis Cina sebagai memperingati kejatuhan dinasti Mancu pada 10 Oktober 1911. |
undercast (layer) | mendung bawah | Sains | Hidrometeorologi | Lapisan awan dengan liputan sepuluh per sepuluh (1.0) dilihat dari satu titik cerapan atas dari la-pisan itu. Istilah ini paling umum digunakan dalam laporan juruterbang berkenaan dengan keadaan semasa penerbangan. |
digit | digit | Matematik | Tiada | Sebarang simbol asas dalam sistem penomboran. Sistem perpuluhan (asas sepuluh) mempunyai sepuluh digit, iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, manakala sistem perduaan (asas dua) mempunyai dua digit sahaja, iaitu 0 dan 1. Misalnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit. |
denary | persepuluhan | Matematik | Tiada | Berkaitan dengan sebutan sepuluh atau satu per sepuluh. |
decade | dekad/dasawarsa | Kejuruteraan | Tiada | 2. Kumpulan sepuluh lokasi storan.,3. Sepuluh item atau peristiwa.,4. Sebarang nisbah 10:1, biasanya digunakan untuk jeda di antara frekuensi yang bernisbah sedemikian. |
tenth value layer (TVL) | lapisan per sepuluh nilai (TVL) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketebalan lapisan bahan yang dapat mengurangkan keamatan sesuatu sinaran yang melaluinya kepada satu per sepuluh daripada nilai asalnya. Contohnya, lapisan per sepuluh nilai untuk bahan plumbum ialah 16.2 mm bagi sumber Iridium 192 (Ir-192). Iselepas = Iasal/10^n, Dengan nilai n ialah bilangan lapisan TVL. |
decastich/dizain | dasabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi sepuluh baris dalam sesuatu rangkap. Contohnya, pantun sepuluh kerat yang rima akhirnya berbentuk a b c d e, a b c d e. Sinonim dekastis. |
tenth-thickness value | nilai ketebalan satu per sepuluh | Kejuruteraan | Tiada | Ketebalan suatu bahan tertentu yang apabila diletakkan dalam alur sinaran akan mengurangkan keamatan sinaran kepada satu per sepuluh. |
Ten Commandments | Sepuluh Rukun | Sejarah | Tiada | Tiada |
decennial census | banci sepuluh tahunan | Geografi | Tiada | Tiada |