Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.son.dol] | سسوندول

Definisi : (Kej) bahagian yg menonjol keluar dr roda atau aci utk mengubah pergerakan (dr yg berpusing kpd yg turun naik dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.son.dol] | سسوندول

Definisi : bahagian roda atau gandar yg tersembul ke luar utk mengubah gerakan berpusing menjadi gerakan turun naik atau gerakan ke depan ke belakang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesondol


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
camsesondolMekanikGunaanUnsur mesin yang digunakan untuk memacu suatu unsur lain, yang dinamai ‘pengikut’, melalui gerakan yang telah ditentukan dan dengan sentuhan langsung [Rajah S3]. Sesondol dikelaskan berdasarkan bentuk asalnya; misalnya sesondol plat (yang juga dinamai sesondol cakera atau sesondol jejarian), sesondol baji, sesondol silinder (atau ‘sesondol tong’), dan sesondol hujung (atau ‘sesondol muka’). SILA RUJUK RAJAH DI M/S 175 RAJAH S3
offset circlebulatan ofsetKimiaTiadaBulatan yang berpusatkan pusat putaran sesondol dan jejarinya merupakan ofset sesondol itu, iaitu jarak di antara garis selari yang melalui pusat putaran sesondol dengan rod pengikut sesondol itu. Lihat juga sesondol, pengikut sesondol.
offset circlebulatan ofsetMekanikGunaanBulatan yang berpusatkan pusat putaran sesondol dan jejarinya merupakan ofset sesondol itu, iaitu jarak di antara garis selari yang melalui pusat putaran sesondol dengan rod pengikut sesondol itu. Lihat juga sesondol, pengikut sesondol.
cam followerpengikut sesondolKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen berbentuk bebola atau berpermukaan rata yang bersentuhan dengan aci sesondol dan bergelangsar dengan cuping sesondol. Apabila aci sesondol berputar, komponen ini akan memindahkan gerakan putaran aci sesondol kepada gerakan turun naik injap mengikut geometri cuping sesondol.
double overhead camshaftaci sesondol kembar atasKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin yang mempunyai dua aci sesondol di atas kepala silinder. Salah satu daripada aci sesondol ini mengawal buka-tutup injap pengambilan, manakala aci sesondol yang satu lagi mengawal injap ekzos. Enjin ini lebih cekap berbanding enjin aci sesondol tunggal atas kerana memudahkan mekanisme penghantaran profil gerakan yang ditentukan cuping sesondol ke injap. Sing- katan DOHC. Banding aci sesondol tunggal atas.
positive-return camsesondol balikan positifMekanikGunaanSesondol yang mengembalikan pengikut secara positif dan bukan bergantung pada graviti atau pegas. Sesondol itu mengawal pengikutnya pada kedua-dua lejang mara dan lejang balik. Sesaran bagi lejang balik adalah sama dengan sesaran lejang mara tetapi arahnya berlawanan. Sesondol ini juga dinamai sesondol lebar malar.
cam followerpengikut sesongolMekanikGunaanUnsur mesin yang bersentuhan dengan sesondol dan gerakannya bersandar pada susuk sesondol berkenaan. Pengikut sesondol mempunyai beberapa bentuk, misalnya pengikut mata pisau, pengikut muka datar, pengikut guling dan pengikut muka sfera. Gerakan pengikut sesondol dicirikan oleh gerakan sorong tarik (gerakan salingan) [Rajah P6a] atau gerakan putaran [Rajah 6b]. Pengikut sorong tarik ada dua jenis, iaitu ofset dan jejarian. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 148
plate camsesondol platMekanikGunaanSesondol berbentuk plat yang berputar di sekitar paksi yang serenjang dengan satahnya, dan susuk plat itu dibentuk sedemikian rupa untuk menyebabkan gerakan (salingan atau putaran) yang mempunyai tabiat tertentu. Pengikut sentiasa menyentuh susuk sesondol (sama ada melalui bantuan tindakan graviti atau melalui bantuan pegas) dan bergerak di satah yang sama dengan satah sesondol berkenaan. Sesondol jenis ini paling kerap digunakan.
returnbalikanKimiaTiadaBahagian gerakan pengikut sesondol yang berpadanan dengan keadaan apabila pengikut itu bergerak menghala ke pusat sesondol. Lihat juga pengikut sesondol, gambar rajah sesaran.
returnbalikanMekanikGunaanBahagian gerakan pengikut sesondol yang berpadanan dengan keadaan apabila pengikut itu bergerak menghala ke pusat sesondol. Lihat juga pengikut sesondol, gambar rajah sesaran.
12345678910...

Kembali ke atas