estrogenic | estrogenic | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang mampu bertindak seumpama tindak balas hormon estrogen. Contohnya, ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum). |
structural functionalism | fungsionalisme struktur | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang melihat masyarakat seumpama struktur organisma biologi yang memiliki pelbagai bahagian yang saling bergantung antara satu sama lain. Fahaman ini melihat masyarakat sebagai suatu sistem yang teratur dan stabil. Ia cenderung kepada pemeliharaan keseimbangan dan tidak menyukai perubahan secara besar-besaran. Sinonim faham kefungsistrukturan. |
barbarism | barbarisme | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan dalam bentuk perkataan atau perkataan yang wujud daripada kesalahan seumpama itu atau dengan kata lain perkataan dibentuk dengan tidak mengindahkan tatabahasa. |
polytypism | politipisme | Kejuruteraan | Tiada | Ketumbuhan berbentuk pilin pada dalam mika atau mineral lempung yang seumpama. |
decision tree analysis | analisis pokok keputusan | Pengurusan | Perancangan | Teknik membuat keputusan dengan menggunakan rajah seumpama dahan dan ranting pokok, sebagai gambaran satu rantaian keputusan dan perbandingan alternatif keputusan yang lain. Penggunaan analisis pokok keputusan adalah untuk meneliti implikasi pembuatan keputusan yang berbilang atau hasil akhir yang dipengaruhi oleh situasi berbeza. Contohnya, analisis pembuatan keputusan untuk menilai keupayaan pembekal sebelum dilantik bagi melaksanakan sesuatu projek. |
computer crime | jenayah komputer | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Jenayah yang melibatkan penyalahgunaan komputer dan seumpama dengannya yang boleh didakwa di bawah akta jenayah komputer sesebuah negara. Jenayah ini meliputi cetak rompak perisian dan perkakasan, pengubahan dan pemusnahan sumber pemprosesan data dengan sengaja bagi tujuan jahat atau meraih keuntungan. |
structural functional analysis | analisis fungsi struktur | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pendekatan yang melihat masyarakat seumpama struktur organisma biologi yang memiliki berbagai-bagai bahagian yang saling bergantung antara satu sama lain. Setiap bahagian memiliki fungsi masing-masing dan perlu dipenuhi bagi memelihara keseimbangan keseluruhan masyarakat. Kegagalan melaksanakan fungsi bahagian tertentu akan menyebabkan ketidakstabilan sistemnya dan turut mengganggu bahagian lain. Oleh itu, penyesuaian terpaksa dibuat bagi mengembalikan keseimbangan masyarakat tersebut. Contohnya, kepincangan atau kemelesetan dalam sektor ekonomi Indonesia pada tahun 1997 telah menggugat kestabilan politik dan menjatuhkan rejim Soeharto. |
zona columnaris | zona kolumnaris | Biologi | Histologi dan Sitologi | Bahagian membran yang terbentuk daripada sel-sel turus. Membran seumpama ini terdapat di rektum ruminan dan di dubur babi dan haiwan karnivor. Bahagian ini terbentuk daripada 5 – 8 lapisan membran mukosa mendatar yang diselangi dengan beberapa sinus dan mengandungi tompokan nodul limfa yang berselerak atau bertompok-tompok. |
meridian observation | cerapan meridian | Matematik | Tiada | Ukuran altitud jasad samawi pada meridian samawi pencerap atau altitud yang diukur seumpama itu. |
synchondrosis | sinkondrosis | Biologi | Histologi dan Sitologi | Percantuman khusus di antara dua tulang yang terdiri daripada gentian rawan. Percantuman seumpama ini mengehadkan pergerakan tulang tersebut dan menjadi sendi tak bergerak. |