sirih abap(Ib.) | sirih abap(Ib.) | Kesenian | Tiada | Gelung yang berbentuk daun sirih abap iaitu sirih liar. |
daun sirih | daun sirih | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun sirih. lazimnya diukir pada layang-layang bumbung rumah. |
bujur sirih | bujur sirih | Keris | Tiada | Bentuk buntut keris yang bujur seperti daun sirih. |
daun sirih segagang | daun sirih segagang | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur keadaan berbentuk susunan sirih segagang yang melambangkan adat kebesaran. |
bunga daun sirih | bunga daun sirih | Kesenian | Tiada | Motif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk daun sirih. |
initial caesura | jeda awal | Kesusasteraan | Puisi | Penghentian sebentar pengucapan sama ada pada diksi, frasa ataupun ayat dalam baris puisi, sebelum meneruskan pengucapan pada baris berikutnya. Contohnya, pantun dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional. Sirih berlipat sirih pin ang , Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awai bismillah pembuka bicara. |
sial menahun | sial menahun | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu dan pokok Pternandra spp. daripada famili Rosaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah sirih-sirih. Spesies utama kayu ini termasuk Pternandra coerulescens dan P. jackiana. Gubal kayu sial menahun berwarna lebih muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya agak halus tetapi tidak sekata kerana mempunyai floem terkandung. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 625 hingga 690 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. |
betel leaf holder | tepak sirih | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Simbol pembuka kata atau pencuci mulut selepas makan. Tepak sirih digunakan dalam adat perkahwinan semasa upacara peminangan dan pernikahan, serta istiadat menerima tamu. Sesuai dengan fungsinya untuk mengisi daun siri, bahagian tepak dibentuk dengan ruang petak tertentu yang mengandungi beberapa bekas seperti bekas sirih, bekas pinang, bekas kapur, bekas gambir, bekas tembakau, bekas bunga dan sebagainya. Tepak sirih juga digunakan dalam adat istiadat perkahwinan diraja dan diperbuat daripada bahan perak. |
chemotype | kemotip | Herba | Fitokimia | Tumbuhan daripada spesies yang sama tetapi mempunyai kandungan kimia yang berlainan. Contohnya, sirih (Piper betel) mempunyai 7 jenis kemotip. Antaranya, sirih india mengandungi eugenol dan sirih melayu mengandungi kavibetol sebagai komponen utama. |
Piper betle | sirih | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pemanjat dalam famili Piperaceae. Tumbuhan ini ditanam menggunakan kayu sokong atau melekat dan memanjat pada batang pokok dan pagar. Daunnya berbentuk jantung dan permukaan atasnya berkilat. Daun segar digunakan untuk menghentikan darah pada hidung, dibuat cucian sebagai antiseptik, dan dimakan untuk mengubati batuk dan kecacingan. Daun sirih bertemu urat digunakan untuk mandi bunga dalam perubatan tradisional. Daun sirih dimakan bersama kapur, pinang dan gambir sebagai amalan tradisi. |