Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. alat utk mengemaskan rambut, sikat; 2. alat utk menggemburkan dan membersih­kan tanah, pencakar, penggaruk, sikat; 3. tangkai atau gugus pisang (sebahagian drpd tandan), sikat; 4. sikat pd alat tenun, suri; 5. injap (pd pintu lukah, bubu, dll) utk menahan ikan keluar; ~ insang bahagian insang ikan yg berupa spt sikat (utk menyekat air, kumin-kumin makanan drpd terkeluar); spt gerup dgn ~ prb perihal dua orang yg sangat mesra pergaulannya (tidak boleh diceraikan); bersisir 1. memakai sisir, bersikat; 2. (sudah) disisir, bersikat: pakaiannya selekeh, rambut­nya tidak ~; 3. sedang menyikat rambut; menyisir 1. menyikat (rambut): ia memakai baju, ~ rambutnya, dan duduk menghadapi hidangan itu; 2. membersihkan (tanah) dgn sisir, menggaru, menyikat (tanah): tanah bendang yg berselut itu akan disisir pula; 3. memotong daun kelapa dr pelepahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 alat utk mengemaskan rambut; sikat. 2 alat utk menggemburkan tanah; pencakar tanah. 3 tangkai atau gugusan pisang sbg sebahagian drpd tandan; sikat. 4 injap pd pintu lukah utk menahan ikan supaya tidak keluar. ~ insang bahagian insang yg menghalang kemasukan bahan-bahan di dlm air (spt pasir) ke dlm alat pernafasan yg akan merosakkannya. bersisir 1 memakai sisir. 2 sudah dikemaskan dgn sisir (bkn rambut); bersikat. menyisir 1 mengemaskan rambut dgn sisir; menyikat. 2 menggemburkan atau membersihkan tanah dgn sisir; menyikat. 3 memotong daun kelapa dr pelepahnya; menanggalkan sisir pisang dr tandannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sisir I

Puisi
 

Putih pandai menjemur sisir,
     Sisir dijemur di atas padang;
Gunung emas saya tak mungkir,
     Lewat sudah dipotong orang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti garuk dengan sisir.

Bermaksud :

Dua orang yang bersaudara, tetapi berlainan kemahuan dan tabiatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sisirsisirKesenianTiadaBahagian badan kek yang menyerupai sikat yang berfungsi sebagai laluan benang lungsin dan merapatkan benang pakan.
gill rakerssisir insangPerikananTiadaJuluran bergerigi yang terdapat pada insang ikan untuk memerangkap atau menapis makanan seperti plankton yang dibawa masuk oleh arus melalui insang. Bentuk dan bilangan sisir insang menentukan cara pemakanan ikan. Contohnya, ikan pemakan plankton mempunyai sisir insang yang lembut, panjang dan dalam jumlah yang banyak, manakala bagi pemakan ikan, sisir insangnya tajam, pendek dan sedikit.
card wastesisa sisirSosiologiTiadaSerat pendek yang terdapat pada sisir dan kadang-kadang disisir semula untuk menghasilkan yarn yang bermutu rendah.
escalator comb plateplat sisir eskalatorKejuruteraanTiadaPlat keluli yang berbentuk seperti sisir yang digunakan sebagai tempat pijak pada tangga eskalator.
broom finishkemasan sisirLandskapTiadaPermukaan simen bertekstur kasar yang dibentuk dengan menggunakan sisir logam sebelum lepa betul-betul kering.
comb designhiasan sisirArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiCorak hiasan pada bahagian badan tembikar berbentuk garis yang lurus dan sejajar antara satu sama lain. Corak ini dihasilkan dengan menggunakan alat yang diperbuat daripada kayu, buluh atau tulang ikan yang mempunyai mata tersusun seperti sisir atau sikat yang ditekan pada badan tembikar ketika masih basah.
coastal combsisir pinggir lautGeologiTiadaTiada
gill rakersisir insangPerikananTiadaTiada
gill rakersisir insangPertanianTiadaTiada
condenser cardsisir kasar kondenserSosiologiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas