Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autonomic nervous systemsistem saraf autonomiVeterinarPraklinikalSistem saraf yang mengawal atur aktiviti otot kardium; otot licin dan kelenjar. Sistem saraf ini terbahagi kepada tiga bahagian; iaitu sistem saraf simpatetik; sistem saraf parasimpatetik dan sistem saraf enterik. Sistem ini sangat penting dalam keadaan kecemasan untuk tindakan lawan atau lari dan dalam keadaan bukan kecemasan untuk tindakan rehat dan cerna.
sympathetic nervous systemsistem saraf simpatetikFarmasiFarmakologiBahagian sistem saraf autonomi yang berpunca daripada bahagian toraks dan lumbar korda spina. Sistem saraf ini membekalkan saraf motor kepada jantung, otot licin dan kelenjar. Hujung saraf ini mengeluarkan noradrelina yang boleh meningkatkan kadar denyutan jantung, pernafasan, tekanan darah serta melambatkan proses penghadaman dan seterusnya bersedia menghadapi sebarang keadaan '1ari atau lawan'. Sistem saraf simpatetik aktif semasa individu berada dalam keadaan tertekan. Kesan sistem saraf ini berlawanan dengan sistem saraf parasimpatetik.
autonomic nervous systemsistem saraf autonomiSains SukanBiomekanikBahagian sistem saraf yang mengawal mekanisme tindakan luar kawal, seperti degupan jantung dan kadar pernafasan. Fungsi saraf autonomi adalah untuk menghantar impuls dari sistem saraf pusat ke tisu otot kardiak (jantung), otot visera (organ dalaman) dan kelenjar. Sistem saraf autonomi dikenali juga sebagai sistem saraf involuntari.
somatic nervous systemsistem saraf somaPerubatanTiadaKeseluruhan sistem saraf selain sistem saraf autonomi yang menyarafi komponen bukan visera pada tubuh, seperti tulang, sendi, ligamen, kulit, mata dan otot rangka.
autonomic nervous systemsistem saraf autonomiFarmasiFarmakologiBahagian sistem saraf pusat dan sarafperiferi yang mengawal atur aktiviti struktur yang bukan di bawah kawalan voluntari seperti aktiviti pengkontraksian otot jantung. Sistem ini terbahagi kepada sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.
parasympathetic nervous systemsistem saraf parasimpatetikVeterinarPraklinikalSatu daripada dua bahagian sistem saraf autonomi yang dikenali juga sebagai bahagian saraf kraniosakrum. Saraf ini berpunca daripada medula otak. Sistem saraf parasimpatetik membekalkan saraf motor kepada jantung; otot licin; dan kelenjar di kepala; leher; toraks; abdomen dan pelvis. Hujung saraf ini mengeluarkan asetilkolina yang boleh menurunkan kadar denyutan jantung; pernafasan; tekanan darah dan memulakan pencernaan. Kesan sistem ini bertentangan dengan sistem saraf simpatetik. Banding sistem saraf simpatetik.
parasympathetic nervous systemsistem saraf parasimpatetikPsikologiPsikologi UmumCabang daripada sistem saraf autonomik yang mengembalikan suasana gawat dalam badan individu yang dibangkitkan oleh sistem saraf simpatetik akibat tekanan atau kecemasan yang kembali menjadi tenang. Oleh itu, denyutan jantung kembali tenang, kadar pernafasan menjadi normal, tekanan darah menurun dan badan mula mengeluarkan peluh. Walaupun sistem saraf ini lambat tindakannya tetapi boleh berperanan sebagai penjana dan penyimpanan semula tenaga kepada individu. Kadangkala, tindakan saraf parasimpatetik ini jika melebihi hadnya boleh menyebabkan individu merasa pening atau pengsan setelah melihat kejadian yang menggerunkan atau mengejutkan.
neurotoxicneurotoksikPerubatanTiadaKesan buruk sebatian tertentu terhadap sistem saraf seperti lumpuh, depresi sistem saraf pusat, kegagalan pernafasan dan kematian yang terjadi akibat kerosakan atau gangguan fungsi sistem saraf. Sebatian tersebut dikenali sebagai neurotoksin yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti sebatian kimia, racun serangga, bisa ular dan racun daripada tumbuhan.
autonomic nervous systemsistem saraf autonomi.PerubatanTiadaBahagian sistem saraf pusat dan periferi yang mengawal atur aktiviti struktur yang bukan di bawah kawalan voluntari, seperti aktiviti pengkontraksian otot polos dan otot jantung. Sistem ini terbahagi kepada sistem saraf simpatetik dan parasimpatetik
parasympathetic nervous systemsistem saraf parasimpatetikFarmasiFarmakologiBahagian sistem saraf autonomi yang berpunca daripada medula otak. Sistem saraf ini membekalkan saraf motor kepada jantung, otot licin dan kelenjar di kepala, Ieber, toraks, abdomen dan pelvis. Hujung saraf ini mengeluarkan asetilkolina yang boleh menmunkan kadar denyutanjantung, pemafasan dan tekanan darah. Sistem ini mengawal fungsi kebanyakan kelenjar tubuh seperti pengeluaran air mata dan air liur, merangsang pergerakan dan sistem pencernaan. Kesan sistem inibertentangan dengan sistem saraf simpatetik. Sistem sarafini dikenalijuga sebagai sarafkraniosakrum.
12345678910...

Kembali ke atas