Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ti] | سيتي

Definisi : 1. Ar sebutan kpd wanita yg mulia: S~ Hawa; S~ Fatimah; 2. sebutan kpd anak­anak perempuan yg tinggi martabatnya: malu sangat rasanya aku apabila kuingat sau­daraku tidak laku kpd puteri-puteri dan ~-~ di Padang ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ti] | سيتي

Definisi : sj wisel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siti

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(26)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
the MadonnaSiti MariamSejarahTiadaTiada
narrationpengisahanKesusasteraanPuisiPenceritaan sesuatu, yang berkaitan dengan tokoh legenda dan mitos. Contohnya, Syair Siti Zubaidah dan Syair Dandan Setia.
climaxpuncakKesusasteraanPuisiUnsur ketegangan atau kerumitan yang terdapat pada puisi� puisi yang mencitrakan sesuatu kisah. Contohnya, "Syair Siti Zubaidah" dan "Balada Hang Tuah" karya Amir Hamzah. Sinonim klimaks .
trickster talecerita muslihatKesusasteraanTiadaCerita yang mengesahkan kepandaian seseorang dalam menyelesaikan beberapa masalah secara tipu helah dan akal yang cerdik. Contoh: cerita Siti Muslihat dan cerita-cerita Sang Kancil.
chroniclebabadKesusasteraanPuisiPuisi tradisional yang mengandungi rangkaian tema, persoalan serta peristiwa sejarah tanah air dan pahlawan yang terlibat dalam peperangan. Contohnya, Syair Siti Zubaidah dan Tambo Minangkabau. Sinonim tambo.
anastropheanastrofaKesusasteraanPuisiPembalikan susunan bahagian-bahagian kalimat atau perkataan daripada kedudukannya yang biasa. Contohnya, baris 'Telah kususun letakmu' petikan dan puisi "Usia" karya Siti Zainon Ismail.
digital datadata digitalTeknologi MaklumatTiadaData yang boleh diwakili secara diskret dengan digit perduaan atau isyarat digital. Contohnya data peribadi yang tersimpan dalam cip MyKad dan MyKid, disket dan lagu Siti Nurhaliza dalam format MP3. Lihat isyarat digital.
inversionkebalikanKesusasteraanPuisiProses pembentukan dan susunan subjek dan predikat sesebuah kalimat. Dalam kes kebalikan, penyair mendahulukan bahagian predikat, misalnya 'Telah tumpah' kemudian baharu diikuti dengan subjek, 'Gerimis' petikan dari 'Telah tumpah gerimis' dari puisi "Bunga Gerimis" karya Siti Zainon Ismail.
classicalklasikKesusasteraanTiadaKarya puisi milik sesuatu bangsa yang telah dicetak atau masih dalam bentuk tulisan tangan dan mempunyai nilai sastera yang tinggi. Karya ini dijadikan ukuran untuk menentukan keberhasilan sesebuah karya sezaman atau kemudian daripadanya. Dalam konteks puisi Melayu tradisional, Syair Siti Zubaidah, Syair Perahu dan Syair Perang Makarnr adalah antara syair-syair Melayu yang dianggap klasik.
RamayanaRamayanaMuzikTiada

Epik dari India yang telah tersebar ke Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan dan peluasan pengaruh India. Versi tempatan telah wujud di Thailand, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Burma. Cerita Ramayana masih dipersembahkan dalam persembahan wayang kulit, wayang orang dan tarian klasik di negara berkenaan. Cerita utama tentang Seri Rama yang menyelamatkan isterinya, Siti Dewi yang telah diculik oleh Rawana, manakala cerita sampingan berkisarkan pengembaraan Seri Rama, adiknya Laksamana, monyet putih Hanuman dan hulubalang lain semasa mencari Siti Dewi.

12

Kembali ke atas