sonnet | soneta | Kesusasteraan | Tiada | Puisi lirik 14 baris yang distrukturkan mengikut dua bentuk dan ceraian tetap seperti satu oktaf (lapan baris), sekstet (enam baris) dan tiga kuatrin (3 X 4 = 12 baris), dan satu kuplet (dua baris). Setiap baris soneta mengandungi lima kuplet (dua baris). Setiap baris soneta mengandungi lima unit pasangan suku kata, dan mempunyai rima mengikut pola tertentu. Pola inilah yang menentukan jenis soneta. Contoh soneta adalah seperti yang berikut: Pertama, Soneta Petrarch: Oktaf dan sekstet rima: a, b, b, a; a, b, a, b; c, d, e, c, d, e (atau c, d; c, d, c, d). Kedua, Soneta Spenser: Tiga kuatrin dan satu kuplet rima: a, b, a, b; c, d, c, d; e, f, e, f; g, g. Soneta berasal dari Sicily, Italy pada abad ke-13 dan diasaskan oleh penyair Petrarch dalam puisi cintanya. Bentuk soneta mula digunakan di England pada abad ke-16, dan bentuk ini dipelopori penyair seperti Sir Philip Sidney, Spenser dan Shakespeare, dan Milton. Pada abad ke-19, bentuk ini dihidupkan semula oleh penyair romantik seperti Wordsworth, Shelley, da |
crown of sonnet | soneta saptakait | Kesusasteraan | Puisi | Tujuh soneta yang saling berkait. Setiap soneta terdiri daripada 14 baris yang dipecahkan kepada empat rangkap. Rangkap pertama dan kedua mempunyai empat baris dengan skema rimanya a b b a, a b b a dan rangkap ketiga dan keempat mempunyai tiga baris dengan skema rimanya a a a dan b b b. |
crown of sonnets | lingkaran soneta | Kesusasteraan | Tiada | Empat rangkap soneta yang dikaitkan dengan baris terakhir rangkap pertama menjadi baris pertama rangkap kedua dan baris terakhir rangkap kedua menjadi baris, pertama rangkap ketiga. |
Italian sonnet | soneta ltali | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang berkembang di Itali yang terdiri daripada 14 baris. Soneta Itali terdiri daripada dua rangkap yang mengandungi lapan dan enam baris dan skema rimanya a b b a a b b a - c d e c d e atau boleh juga a b b a a b b a - c d c Cd C. |
iambic pentametre | pentameter iambik | Kesusasteraan | Tiada | Bait puisi yang mengandungi lima unit meter. Struktur ini biasanya digunakan untuk penulisan sajak tanpa rima, soneta dan kuplet wiraan. Lihat juga kuplet wiraan, soneta. |
sonnet | soneta | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
sonnet | soneta | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang mempunyai 14 baris yang terdiri daripada empat rangkap dengan susunan empat, empat, tiga, tiga, baris serangkap. Rima akhimya pula biasanya dalam susunan ab b a, ab b a, a ab, a ab. Contohnya, puisi "Menumbuk Padi" dalam kumpulan Puspa Mega karya Sanusi Pane. |
Italian sonnet | soneta Itali | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang mengandungi 14 baris puisi yang terbahagi dua; 8 baris pertama mengandungi oktaf atau ostet dan berima abbaabba; 6 baris berikutnya sestet biasanya berima cdecde. |
crown of sonnets | soneta saptakait | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
sonnet sequence | untaian soneta | Kesusasteraan | Puisi | Rangkaian baris yang berjumlah 14 baris yang membentuk sesebuah puisi. |