social media influencer | pempengaruh media sosial | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Individu yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi orang lain dalam media sosial menerusi kuasa, ilmu pengetahuan, kedudukan atau hubungannya dengan pengguna. |
shadowban | sekatan senyap | Teknologi Maklumat | Tiada | Tindakan syarikat media sosial yang mengehadkan keterlihatan kandungan hantaran di akaun media sosial pengguna, tanpa diketahui oleh pengguna tersebut secara langsung. |
media-crime connection | hubungan media-jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pelaporan jenayah oleh media termasuk berita, kewartawanan, media sosial dan media perdana yang mempengaruhi tanggapan masyarakat tentang jenayah. |
cosmetic advertisement | iklan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kaedah atau bahan komunikasi yang disampaikan melalui media massa, media sosial dan media cetak. Iklan kosmetik memberitahu dan memujuk pengguna agar membeli atau menggunakan barangan dan perkhidmatan berkaitan kosmetik berasaskan herba. |
coordinated inauthentic behavior (CIB) | kelakuan manipulatif selaras | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Taktik memanipulasikan pemikiran awam dengan menggunakan pelbagai akaun media sosial sama ada yang tulen, pendua dan palsu untuk menyebarkan maklumat yang salah merentasi platform media sosial. |
moral enterpreneuer | penjaja moral | Kriminologi | Tiada | Individu atau kumpulan seperti media, ahli politik, pempengaruh media sosial atau penguat kuasa undang-undang yang melabelkan tingkah laku seseorang sebagai antisosial atau melencong untuk mempengaruhi masyarakat. Mereka juga berusaha untuk menyebarkan atau mempopularkan label ini dalam kalangan masyarakat. Contohnya, perbuatan merempit yang dilabelkan oleh polis sebagai tingkah laku antisosial dalam masyarakat. |
moral entrepreneur | usahawan moral | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Individu atau kumpulan seperti media, ahli politik, pempengaruh media sosial atau penguat kuasa undang-undang yang melabelkan tingkah laku tertentu individu atau kumpulan sebagai antisosial dan tingkah laku melencong untuk mempengaruhi masyarakat. Mereka juga berusaha untuk menyebarkan atau mempopularkan label ini dalam kalangan masyarakat. Contohnya, perbuatan merempit yang dilabelkan oleh pihak polis sebagai tingkah laku antisosial dalam masyarakat. |
social bookmarking | penandaan media sosial | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Tiada |
content creation | penciptaan kandungan | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Proses menyediakan kandungan maklumat seperti video, blog atau catatan media sosial terutama dalam media digital untuk pengguna secara dalam talian. |
content creator | pencipta kandungan | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Individu yang menyediakan kandungan maklumat seperti video, blog atau catatan media sosial terutamanya dalam media digital untuk pengguna secara dalam talian. |