subcultur | subkultur | Biologi | Mikrobiologi | Kultur bakteria, kulat, atau virus yang disediakan atau diperoleh daripada kultur yang sedia ada. |
subculture | subkultur | Biologi | Mikologi | Menyediakan kultur baru yang sebahagian kecil koloninya dialihkan dan dibiakkan pada medium yang baru. |
attenuation | pengatenuatan | Bioteknologi | Tiada | Proses menghilangkan kevirulenan organisma patogen dengan melakukan subkultur secara berulang-ulang dalam keadaan terkawal. |
medium | medium | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Bahan persediaan cecair atau pepejal yang digunakan khusus untuk pertumbuhan, penyimpanan, atau pengangkutan mikroorganisma boleh digunakan untuk permulaan kultur atau subkultur, pengayaan, atau ujian diagnostik. Bahan ini biasanya disteril sebelum digunakan. |
slow growth technique | teknik pertumbuhan lambat | Herba | Botani dan Bioteknologi | Salah satu daripada teknik penyimpanan plasma germa in vitro, iaitu dengan cara menyimpan kultur pada suhu rendah dan tempoh subkultur boleh dipanjangkan sehingga 12 bulan atau lebih. Teknik ini bertujuan untuk mengurangkan input tenaga pekerja dan ralat. |