Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Mudik ke hulu menyusur duri,
     Orang mengetam musim bah;
Duduk kita fikirkan diri,
     Kasih sayang sudah berubah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sudah berkata satu.

Bermaksud :

Tidak berubah daripada yang telah diucapkan.

 

Lihat selanjutnya...(4)

298

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Al Velorum Stars/RR starsbintang Al Velorum/bintang RRMatematikTiadaKumpulan bintang denyut berubah yang dahulunya dikelaskan sebagai bintang RR Lyrae tetapi sekarang ini sudah dibuktikan bahawa bintang ini mempunyai luminositi yang lebih rendah di samping mempunyai kala yang lebih pendek, iaitu kira-kira 1.3 hingga 5 jam.
batikbatikKesenianSeni Batik1. Corak pada kain yang pada dasarnya dihasilkan dengan menggunakan lilin sebagai penahan warna dan dicelup dalam larutan warna. Pada peringkat awal dahulu, corak ini bermula dengan bentuk titik, tetapi lama-kelamaan telah berubah dari segi coraknya, malah kini, dari segi tekniknya, terdapat batik yang tidak perlu menggunakan lilin dan celup warna lagi, iaitu hanya menggunakan stensil atau skrin. 2. Kain yang sudah berbatik atau sebutan ringkas bagi kain batik.
dynamic data exchange (DDE)penukaran data dinamik (DDE)Teknologi MaklumatPerisianTeknologi bagi komunikasi antara beberapa aplikasi dalam Microsoft Windows atau OS/2. DDE diperkenalkan pada tahun 1987 dengan kemunculan Windows 2.0. Teknologi ini menggunakan kefungsian Lapisan Mesejan Windows dalam persekitaran Windows. Teknologi ini merupakan sistem yang sama yang digunakan dalam fungsi “potong dan tampal”. Penggunaan DDE masih berterusan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan teknologi, penggunaannya sudah diambil alih oleh teknologi pautan dan benaman objek (OLE) dan model objek komponen (COM) tetapi masih digunakan dalam kerangka hubung kait fail. Fungsi utama DDE adalah untuk membenarkan aplikasi Windows untuk berkongsi data. Contohnya, satu sel dalam Microsoft Excel boleh dipautkan kepada satu nilai dalam aplikasi yang lain dan apabila nilai tersebut berubah maka nilai tersebut akan dikemas kini dan diubah secara automatik dalam Microsoft Excel. Komunikasi data diwujudkan melalui model tiga segmen, iaitu aplikasi, tajuk dan item. Contohnya, sekiranya pengg

Kembali ke atas