Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Anak itik di bawah batang,
     Limau manis masaknya minyak;
Raja di rakit sudah pun datang,
     Riuh-rendah suara banyak.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat.

Bermaksud :

Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya.

 

Lihat selanjutnya...(7)

326

Into every life a little rain must fall

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa.

Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.

Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
estradiolestradiolPerubatanTiadaNama kimia: estra-1,3,5 (10)-triena-3,17-diol; C18H24O2. Sejenis hormon steroid yang merupakan estrogen semula jadi daripada plasenta dan ovari yang paling poten, yang terdapat pada manusia. Fungsi utamanya ialah menyediakan rahim untuk implantasi ovum yang tersenyawa dan juga merangsangkan serta mengekalkan ciri-ciri seks sekunder perempuan. Bahan ini telah diasingkan daripada ovari babi hutan dan kencing kuda yang bunting, dan sudah pun berjaya disintesiskan di dalam makmal.
soft waterair lembutKimiaBiokimiaAir yang tidak mengandungi larutan sebatian-sebatian logam seperti sebatian kalium, sebatian besi, atau sebatian magnesium, dan kerana itu sudah berbuih dengan sabun dan kadar daya cucian pun bertambah.
variantvarianKesusasteraanTiada1. Bacaan-bacaan yang berbeza dalam beberapa naskhah . Contoh: Selamat sempurna ratu kedua, Tidaklah ada kira-kira dan hawa, Sebarang perintah anakanda jua, dua buah negeri menteri punggawa. Tamatlah sudah Ken Tambuhan, Barang yang mendengar belas kasihan, Pilu bercampur dengan rawan, Air mata pun jatuh berhamburan. [Syair Ken Tambuhan hlm. 225]

Kembali ke atas