Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ka.su.ka] | سوک٢

Definisi : seronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suka-suka

Puisi
 

Kelapa muda muda juga,
     Kelapa tua dibuat inti;
Suka suka juga,
     Sembahyang kita jangan dihenti.


Lihat selanjutnya...(67)
Peribahasa

Sakit kepala panjang rambut,
     patah selera banyak makan.

Bermaksud :

Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan).

 

Lihat selanjutnya...(75)

622

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(36)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
doggerelpuisi remehKesusasteraanTiadaPuisi yang diolah secara kasar, mengandungi isi yang remeh dan menggunakan stail yang tidak rapi. Rima puisi remeh umumnya bersifat mendatar dan tidak memperlihatkan kesan emosi atau perasaan yang mendalam. Puisi tersebut mungkin bertujuan untuk hiburan, suka-suka atau untuk melahirkan idea kelucuan. Umumnya, puisi jenis ini lahir daripada para pengarang yang kurang berpengalaman tentang kaedah penciptaan puisi yang sistematik dan tidak berteraskan nilai-nilai estetik dan puitis yang tinggi. Di samping penghasilan puisi yang bermutu rendah, puisi remeh juga banyak terdapat dalam kad ucapan dan iklan barangan untuk menarik perhatian pembaca dan pembeli.
agreeablenesskebersetujuanPsikologiTiadaSikap seseorang yang suka berkawan dan bersosial seperti mudah bertegur sapa, bekerjasama, saling mempercayai, mesra, mudah bersimpati, baik hati, tidak suka membantah, suka membantu, pemaaf serta kurang konflik dalam hubungan interpersonal serta asertif.
psychopathic personalitypersonaliti psikopatiPerubatanTiadaSejenis personaliti yang menonjolkan ciri-ciri yang bertentangan dengan norma masyarakat, seperti tidak suka bergaul, suka menimbulkan konflik, kurang tolerans, mementingkan diri sendiri, sukar belajar daripada pengalaman, denda, atau hukuman dan tidak bertanggungjawab.
likes anda dislikes surveytinjuan suka dan tak sukaPentadbiranTiadaKajian yang membantu pekerja mengenal pasti batasan kerja yang dikenakan terhadap mereka.
affective assessmentpentaksiran afektifPendidikanTiadaPentaksiran perasaan dan nilai lebih daripada kefahaman seperti suka atau tidak suka dan yakin atau tidak yakin.
bellicosesuka berperangUndang-undangTiadaSifat atau tabiat suka berperang.
toryismfaham konservatifSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman ini mendukung idea konservatif yang tidak suka kepada sebarang perubahan. Pendukung fahaman ini lebih suka mengekalkan ciri-ciri budaya dan institusi yang tradisional dalam masyarakat. Fahaman ini juga lebih cenderung mengekalkan status quo, memperjuangkan kelas atasan dan menengah serta tidak suka kepada perubahan yang menyeluruh dan mendadak. Contohnya Parti Konservatif Great Britain.
yuppies culturebudaya yapisKomunikasiTiadaBudaya yang diamalkan oleh golongan muda yang berpendapatan tinggi dan suka bermegah-megah dengan kemewahan yang dimiliki. Golongan ini suka membeli barangan mewah dan melakukan aktiviti golongan kelas pertengahan.
bosismbosismePentadbiranPentadbiran Awam

Faham yang mendokong sikap suka memerintah dan enggan menerima pendapat atau berkongsi idea dengan kakitangan lain dan sentiasa menuntut penghormatan daripada pekerja lain. Sikap bossisme ini sering wujud dalam diri pegawai atasan ataupun pegawai yang tidak berada dalam hierarki tertinggi tetapi merasakan dialah yang sangat berkuasa. Pegawai tersebut suka memberi arahan kepada pekerja lain dan merasakan semua tindakannya betul. Bossime lazim berlaku kepada tempat kerja yang mempunyai hierarki yang jelas dan rigid.

extroversionekstroversiPsikologiPsikologi UmumCiri-ciri personaliti individu seperti penonjolan diri, peramah, sosial, kurang berhati-hati atau suka menarik perhatian. Istilah awal ekstroversi diperkenalkan oleh Jung yang kemudiannya dikembangkan lagi oleh individu atau kumpulan yang berpegang pada Teori Lima Trait Perkasa. Individu yang mempunyai ciri ini biasanya mempunyai ramai kawan, selalu ceria, suka berpeleseran dan jarang duduk berseorangan. Walau bagaimanapun, pencapaian individu ini kurang menyerlah dalam pekerjaan atau aktiviti berbanding dengan orang berpersonaliti introvert.
12345678910...

Kembali ke atas