Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sumber (kata nama)
1. Bersinonim dengan mata air: perigi, sumur, telaga, ocak-ocak,

2. Bersinonim dengan asal: punca, mula, punat, benih,

Kata Terbitan : bersumber,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reference sourcesumber rujukanPerpustakaanTiadaTiada
bibliographybibliografi-TiadaSenarai sumber rujukan mengikut abjad yang dirujuk oleh pengarang dalam penulisan karya. Maklumat bibliografi mengandungi nama penulis, tahun terbit, judul bahan, nama penerbit dan maklumat lain yang berkaitan.
elite groupgolongan elitKomunikasiTiadaKumpulan yang berpengaruh dan lazimnya menjadi sumber rujukan bagi orang ramai.
community based learningpembelajaran berasaskan komunitiPendidikanTiadaKaedah pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan masyarakat setempat sebagai sumber rujukan.
annotated bibliographybibliografi beranotasi-TiadaSenarai sumber rujukan mengikut abjad dan disertai dengan ulasan tentang sumber itu oleh pengarang dalam penulisan karya.
HerbariumHerbariumPertanianTiadaTempat untuk menyimpan sampel bahagian-bahagian tumbuhan yang dikapit, dikeringkan dan dilekapkan dan disimpan mengikut sistem pengkelasan tertentu. Fungsinya adalah sebagai sumber rujukan, penyelidikan dan pendidikan. Contoh Herbarium di Malaysia adalah di FRIM, MARDI, UM, UKM dan UPM.
ancient pillartiang purbaSejarahTiadaRuntuhan bangunan lama yang berupa tiang berukir, bergambar atau bertulisan yang akan menjelaskan umur, bentuk, tamadun manusia atau zaman ia dibina dan sumber rujukan artifak sejarah yang penting.
judicial powerkuasa kehakimanSains PolitikPolitik PerbandinganBidang kuasa yang dimiliki oleh bidang kehakiman yang setara dengan bidang kuasa badan legislatif dan eksekutif. Ia memiliki kuasa mengadili dan mentafsir undang-undang yang perlu dihormati. Kuasa kehakiman ini menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dalam persaingan kuasa antara pihak bertentangan seperti antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau pihak legislatif dengan eksekutif. Kuasa kehakiman ini bebas daripada sebarang pengaruh luar. Hanya ketua negara atau Yang di-Pertuan Agong (di Malaysia) dibenarkan meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan kehakiman ini dengan syarat-syarat tertentu.
civilian rulepemerintahan awamSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang ditentukan oleh anggota masyarakat. Kerajaan ini memperoleh legitimasi untuk memerintah melalui proses pilihan raya atau pungutan suara. Hal ini berbeza dengan kerajaan tentera, monarki atau diktator. Dalam pemerintahan awam, rakyat merupakan sumber rujukan utama dan kerajaan pula bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyat dalam setiap pelaksanaan sesuatu dasar. Dalam sistem pemerintahan ini, bidang kuasa pemerintahan diagihkan kepada tiga institusi iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. Sekiranya berlaku penyalahgunaan kuasa dalam pemerintahan ini, rakyat berhak mendesak kerajaan atau pemerintah meletak jawatan. Contohnya, Kerajaan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan awam.
judiciarybadan kehakimanPentadbiranPentadbiran Awam

Institusi yang memainkan peranan dalam mentafsir perlembagaan dan undang-undang serta membuat pengadilan sebarang kes pertikaian. Ia merupakan satu cabang daripada institusi pemerintahan negara di samping badan legislatif dan eksekutif. Bidang kuasa badan kehakiman dijalankan oleh mahkamah. Badan ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh para hakim dan majistret. Badan kehakiman bukan sahaja menjadi tempat pengadilan orang ramai tetapi turut menjadi sumber rujukan kepada pemerintah, agensi kerajaan dan sektor swasta. Badan ini bertanggungjawab mengendalikan kes jenayah dan sivil serta sebarang pertikaian undang-undang perlembagaan. Pengadilan yang dibuat oleh badan ini mencerminkan tingkat keadilan yang diamalkan dalam sesebuah negara.

123

Kembali ke atas