wakil | wakil | Perniagaan Islam | Tiada | Pihak yang dilantik dalam akad wakalah. Wakil individu hendaklah berakal dan baligh tetapi dalam mazhab Syafii, individu yang mumaiyiz boleh juga dilantik sebagai wakil hanya untuk urusan memasuki rumah, menyampaikan hadiah, menunaikan haji, kerja sukarela, menyembelih binatang korban dan mengagihkan zakat. Dalam mazhab Hanafi, kanak-kanak yang mumaiyiz boleh dilantik sebagai wakil. |
manqul | harta alih | Perniagaan Islam | Tiada | Harta yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain. Mengikut mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali, manqul ialah harta yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain dengan bentuk atau strukturnya yang masih kekal. Contohnya, binatang ternakan, kenderaan dan bangunan. |
kafalah bil nafs | jaminan diri | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi memastikan pihak yang dijamin hadir ke mahkamah. Menurut mazhab Syafii, jaminan diri boleh dilakukan dalam semua urusan yang berkaitan dengan hak manusia, seperti kes yang melibatkan harta atau hukuman mengikut qisas dan qazaf. Kafalah bil nafs tidak boleh diaplikasi sekiranya berkaitan dengan hak Allah s.w.t. seperti ibadat dan hukum hudud. Sinonim daman bil nafs. |
darurah | darurat | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal terpaksa atau melibatkan keadaan yang genting. Contohnya, ketiadaan pembiayaan secara Islam bagi sesuatu perusahaan yang diharuskan menyebabkan perlunya pembiayaan secara konvensional. Dalam mazhab Syafii, darurat diharuskan berdasarkan kaedah fikah, iaitu keperluan untuk mengharuskan benda yang dilarang, sekadar yang diperlukan. |
bai‘ fuduliy | jual beli fuduli/jual beli tanpa izin | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli barangan milik orang lain tanpa keizinan atau tanpa diberi kuasa oleh pemiliknya. Urus niaga ini tidak sah mengikut Mazhab Syafii, tetapi Mazhab Hanafi menerimanya dengan syarat mendapat pengesahan pemilik barangan tersebut. |
kafalah bil dayn | jaminan hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi melangsaikan hutang. Apabila tuntutan hutang dilakukan, maka jaminan hutang boleh dituntut daripada penghutang, penjamin atau kedua-duanya. Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali berpendapat bahawa akad ini termeterai tanpa perlu ungkapan qabul di pihak penerima jaminan. |
‘aqar | harta tak alih | Perniagaan Islam | Tiada | Harta yang tidak boleh dipindahkan seperti tanah dan bangunan. Mengikut mazhab Hanafi, pokok dan binaan tidak dianggap sebagai ‘aqar melainkan disebut berserta tanah dalam akad. Manakala mengikut mazhab Maliki, Syafii dan Hambali, ‘aqar juga termasuk semua yang boleh dipindahkan dan diubah tetapi hendaklah bersentuhan dengan tanah seperti rumah atau pokok. |
integrated item pawnbroking | gadaian barang sepadu | Ekonomi | Ekonomi Islam | Barang yang tidak boleh diasingkan atau dipecahkan untuk dijadikan barang gadaian. Contohnya, kereta, rumah dan pakaian. Pengasingan komponen kereta umpamanya akan menyebabkan kereta itu tidak boleh digunakan. Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali tidak membenarkan gadaian dilakukan secara pecahan seperti separuh rumah atau separuh kereta. Hal ini kerana penggadaian sebahagian barang secara berasingan menyebabkannya tidak bermanfaat lagi dan tidak boleh dipegang sebagai barang gadaian. |
qabul | penerimaan | Perniagaan Islam | Tiada | Ungkapan pembeli barangan bertujuan membentuk akad. Contohnya, dalam jual beli, pembeli berkata “Saya beli”. Selain lafaz, qabul juga boleh dilakukan dalam bentuk lain seperti pembayaran wang, penerimaan produk, bertulis atau secara isyarat. Walau bagaimanapun, mazhab Syafii mensyaratkan qabul dilafazkan secara lisan. Banding ijab. |
‘akad fuduli | akad tanpa keizinan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh pihak yang berurus niaga harta dan pihak tersebut tidak mempunyai sebarang autoriti terhadap harta itu. Mengikut mazhab Hanafi, akad fuduli hanya sah sekiranya pemilik harta memberi keizinan. Mengikut mazhab Syafii dan Hambali, akad fuduli terbatal dan tidak sah. |