Allamanda cathartica | Alamanda | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Apocynaceae ini juga dikenali sebagai cempaka hutan, akar cempaka kuning dan bunga akar kuning. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang, tiga hingga empat helai pada setiap buku batang. Daunnya berbentuk elips. Bunganya berbentuk loceng berwarna kuning. Tumbuhan jenis renik yang banyak digunakan sebagai tanaman hiasan dan landskap Daun sebagai pelawas dan merangsang muntah tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan keracunan. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat bisul dan kurap. Akar digunakan untuk rawatan penyakit kuning, gigitan ular dan limpa yang bengkak akibat malaria. Kulit pokok digunakan untuk mengubati demam, dan busung (ascites). Wap daripada rebusan pokok dihidu untuk melegakan batuk dan pening kepala. |
Strobilanthus crispus | pecah kaca | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai batu jin dan bayam karang. Tumbuhan ini jenis renek berkayu dan mempunyai batang beruas panjang. Daunnya tebal dan kasar, berbentuk ovat dan tepinya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika dan bunganya berwarna kuning. Tumbuhan ini ditanam sebagai tanaman hiasan dan pagar. Daunnya dibuat teh herba. Air rebusan daun diminum untuk membuang batu ginjal, merawat kencing manis, darah tinggi, barah, buasir, sembelit dan melawas kencing. |
container growing | penanaman berwadah | Pertanian | Agronomi | Kaedah menanam tanaman dalam bekas yang diisikan dengan medium tanaman seperti campuran tanah, bahan organik atau medium sintetik. Bekas atau pasu tanaman boleh diperbuat daripada pelbagai bahan seperti plastik, tembikar atau logam. Saiz bekas mestilah bersesuaian dengan saiz pokok supaya isi padu akar mencukupi untuk menyerap nutrien dan air bagi kegunaan tanaman. Sebagai panduan, diameter bekas haruslah antara 1/2 hingga 1/3 tinggi pokok. Bekas itu juga perlu mempunyai lubang di bahagian bawah untuk membolehkan air berlebihan disalirkan keluar. Kelebihan tanaman berwadah ialah mudah dialih dan diatur serta sesuai untuk tanaman hiasan di dalam atau berhampiran dengan bangunan. Selain itu, penanaman berwadah sesuai digunakan di ruangan yang terhad. |
Allamanda cathartica | alamanda | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Apocynaceae yang dikenali juga sebagai cempaka hutan, akar cempaka kuning dan bunga akar kuning. Daunnya jenis ringkas, tersusun secara berselang, mempunyai tiga hingga empat helai daun pada setiap buku batang dan berbentuk elips. Bunganya berbentuk loceng dan berwarna kuning. Alamanda merupakan tumbuhan jenis renek yang banyak digunakan sebagai tanaman hiasan dan landskap. Daunnya digunakan sebagai pelawas dan untuk merangsang muntah tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan. Daunnya juga digunakan secara luaran untuk merawat bisul dan kurap. Akarnya digunakan untuk merawat penyakit kuning, gigitan ular dan limpa yang bengkak akibat malaria. Kulit pokok digunakan untuk mengubati demam dan busung. Wap daripada rebusan tumbuhan ini dihidu untuk melegakan batuk dan pening kepala. |
Clerodendron fragrans | setumpuk | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek yang tumbuh tegak dalam famili Verbenaceae dan dikenali juga sebagai rompok, melur hutan atau melur jawa. Pokok ini tumbuh liar di belukar atau kebun terutama di kawasan redup dan berpasir. Daunnya berbentuk seperti jantung dan berwarna hijau tua dan tepi daunnya bergerigi. Bunganya keluar dari hujung batang dan tersusun padat pada jambak yang bertangkai pendek, warnanya putih keungu-unguan. Kelopak bunga berbentuk bulat dan tersusun berlapis-lapis serta baunya harum. Air rendaman pokok ini boleh dibuat mandian berubat untuk merawat penyakit reumatik. Air rebusan ini juga dibuat mandian herba untuk ibu yang baru bersalin. Daun yang ditumbuk lumat bersama-sama kapur disapukan pada kulit untuk mengubati panau. Tumbuhan ini juga dibuat ubat demam malaria. Daun yang telah dihancurkan disapukan pada leher untuk mengubati batuk. Setumpuk mempunyai bunga yang harum dan cantik, dan sesuai dijadikan sebagai tanaman hiasan. |
colonnade | kolonad | Landskap | Tiada | Sisi atau deretan tiang yang diperbuat daripada batu atau konkrit dalam jarak yang sama untuk hiasan tanaman. |
floriculture | florikultur | Pertanian | Agroteknologi | Bidang kajian yang berkaitan dengan tanaman bunga-bungaan untuk hiasan, sama ada yang dipotong untuk gubahan jambak bunga atau bunga hidup yang menyerikan taman dan landskap. Florikultur merupakan suatu bidang hortikultur yang tinggi nilai ekonominya kerana permintaan yang tinggi bagi keperluan di majlis-majlis perkahwinan, hotel dan pejabat. Jenis bunga-bungaan yang sesuai untuk tujuan ini termasuklah orkid, kekwa dan mawar. Bunga hiasan untuk landskap seperti alamanda, helikonia dan tulip pula digunakan secara meluas untuk menyerikan kawasan-kawasan bandar, rumah dan taman. Penyelidik dalam bidang ini juga sentiasa mencari kaedah yang terbaik untuk membiakkan dan menghasilkan bunga, serta cara untuk memelihara bunga di taman. |
hydroculture | hidrokultur | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah penanaman hidroponik yang menggunakan media cecair yang mengandungi nutrien lengkap. Satu contoh mudah untuk tanaman hidrokultur ialah dengan menggunakan keratan batang tumbuhan yang akarnya diletakkan di dalam larutan nutrien. Dengan menggunakan kaedah ini, tanaman akan mendapat keperluan air dan nutrien dalam tempoh yang lama. Tanaman ini unik kerana boleh memperindah kawasan selain dapat meningkatkan kesihatan melalui penghasilan udara yang bersih. Jenis tanaman yang biasa ditanam ialah tumbuh-tumbuhan untuk hiasan rumah atau pejabat. |
trough | palung tanaman | Landskap | Tiada | Kotak panjang dan cetek yang diperbuat daripada kayu, simen, logam, tanah liat dan sebagainya yang digunakan untuk menanam pokok hiasan. |
topsy turvy | tunggang-terbalik | Pertanian | Agroteknologi | Kaedah penanaman yang menggunakan pasu terbalik yang digantung dari aras tertentu. Jenis tanaman yang biasa menggunakan kaedah ini ialah tomato dan cili. Kaedah penanaman ini melibatkan penggunaan kawasan yang terhad, dan tanaman yang ditanam lebih bertujuan sebagai hiasan selain dapat memetik buah yang segar. |