Achenese gravestone | nisan Acheh | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Batu tanda pada kubur yang mempunyai pengaruh Acheh yang diperbuat daripada batu pasir. Batu tanda ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu puncak, kepala, bahu, badan bahagian atas, bawah dan dasar. Batu tanda turut dilengkapi dengan ayat suci al-Quran, puisi Arab dan kalimah syahadah. Terdapat beberapa pola hias yang berbentuk simbolik seperti cungkup di bahagian puncak yang dikaitkan hubungan antara manusia dengan pencipta-Nya. Hiasan bunga roset dibahagian bahu atau sayap dan sarang labah-labah di bahagian dasar dianggap sebagai perlambangan hidup yang tidak kekal. Pada bahagian tertentu terdapat nama si mati dan angka tahun kematiannya. Batu tanda ini hanya digunakan oleh golongan sultan dan kaum kerabatnya sahaja. Batu tanda ini berbentuk persegi empat dan kemudiannya berkembang kepada bentuk bulat. Bentuk batu tanda untuk lelaki mempunyai sayap atau bahu yang melengkung ke dalam atau ke atas berbanding wanita. Di Semenanjung Malaysia, batu tanda ditemui dalam sekitar abad ke-15 M hingga ke |
amobarbital | amobarbital | Kimia | Forensik | Formula kimia, CIIN18N203; nama lain, asid 5-etil-5-isoamilbarbiturik, amilobarbiton; nama dagang, Amytal. Serbuk berhablur putih, tanpa bau, berasa pahit, takat lebur 156°C- 161 °C, larut sangat sedikit dalam air untuk menghasilkan larutan berasid, dan larut dalam etanol. Jangka masa tindakan amobarbital ialah 3 - 6 jam. Amobarbital merupakan barbiturat yang diberikan untuk menghentikan gemuruh, terketar-ketar, dan membantu tidur. Kesan sampingan -nya termasuk pening, terawang-awang dan rasa mengantuk. Pengambilan dos berlebihan boleh mengakibatkan kematian. Tanda-tanda dos berlebihan adalah kekeliruan mental, kelesuan yang teruk, nafas yang pendek, masalah bernafas, menggeletar dan degupan jantung yang amat perlahan. Serbuk ini dikenali sebagai depresan sistem saraf pusat dan merupakan ubat penenang serta ubat tidur yang boleh menyebabkan ketagihan. Dos parah anggaran ialah 1.5g, dan kepekatan toksik ialah 30 µg/mL. Sinonim amilobarbiton. |