Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mencucurkan air mata dgn sedu-sedan utk melahirkan perasaan sedih (pilu dll): ~nya timbul dgn tiba-tiba; bertangisan, bertangis-tangisan saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn me­ngeluarkan air mata dan sedu-sedan: mereka dapat mengenali satu sama lain dan ber­tangis-tangisanlah sebab sukacitanya; menangis melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan; ~ daun bangun-bangun hendak sama dgn hilir air prb perbuatan yg sia-sia hendak menyamai orang lain yg lebih daripadanya; dipujuk ia ~ ditendang ia tertawa prb orang yg baru bekerja dgn baik dan sempurna sesudah ia dimarahi; menangisi 1. menangis pd, menangis akan: apakah Halimah sudah tertidur atau masih ~ adiknya; 2. ki menyesali, bersedih hati kerana: ~ kehormatannya yg telah hilang; menangiskan 1. menangis kerana (ten­tang), menyayangkan, menyesalkan: jangan­lah tuanku, kiranya, tersangat ~ orang yg pergi ke hutan; 2. menyebabkan menangis, sengaja menangis: apa ditangiskan budak-budak itu? mempertangis menjadikan menangis (dgn memukul dll): sayang akan anak dipertangis, sayang akan bini ditinggalkan; tangisan apa yg ditangisi (diingini dll), tangis: dia tidur kini walaupun berapa kuat ~ isterinya; penangis (orang yg) mudah atau suka me­nangis: ~ benar budak itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tangis
Kata Terbitan : menangis, menangisi, tangisan,

Puisi
 

Cekur manis cemperai hidup,
     Lada muda di punca kain;
Saya tak tangis bercerai hidup,
     Badanku muda mencari lain.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
imaginationpencitraanKesusasteraanPuisiBerkait rapat dengan proses pembayangan dan pencerminan sesuatu objek atau unsur alam semulajadi. Semakin tinggi daya bayang seseorang penyair semakin realistiklah sesuatu unsur yang dicitrakannya, walaupun belum pemah dilihat dalam alam realitinya. Puisi ini menggambarkan tentang situasi, tempat, peristiwa, objek dan sebagainya. Contohnya, puisi "Kemarau Kota" karya Mokhtar Yassin. Sinonirn imaginasi. Azan pagi dan hatiku sepi jauh dari tangis Liza tawa Ani fajar hilang ditelan enjin dan sibuk kota tawaku kemarau di dada kota.

Kembali ke atas