agropreneur | usahawan tani | Pertanian | Agroteknologi | Individu atau kumpulan yang menjalankan aktiviti pertanian secara perusahaan atau komersial. Matlamat usahawan tani adalah untuk memperoleh keuntungan yang maksimum dan mampu menukar corak aktiviti mengikut keperluan pasaran. Seseorang usahawan tani biasanya memerlukan modal yang besar, kemahiran yang tinggi dan sikap yang berani menanggung risiko. |
farmer�s market caravan | karavan tani | Pertanian | Agroteknologi | Satu konsep pemasaran produk pertanian yang menggunakan karavan yang bergerak ke beberapa tempat untuk menjual terus kepada pembeli tanpa memerlukan khidmat orang tengah. Antara tempat yang dikunjungi karavan tani ialah tapak pasar tani, pasar malam, tempat letak kereta, kawasan perumahan dan pejabat kerajaan. Konsep ini juga menekankan produk yang dipersembahkan dengan baik, telah siap dibungkus, lebih kemas, bermutu dan dijual dengan harga yang lebih kompetetif. Konsep ini telah diperkenalkan oleh FAMA sebagai salah satu kaedah pemasaran yang menguntungkan petani. |
peasant society | masyarakat tani | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang bergantung kepada pertanian sama ada dengan bercucuk tanam atau menternak binatang. Mereka memiliki tanah yang kecil di Iuar bandar dan hidup susah dengan pendapatan yang kecil. Golongan tani yang menyewa tanah masih tergolong dalam masyarakat ini dan mereka turut diberi kebebasan untuk menjual sendiri hasil tani mereka. Masyarakat tani merupakan kelas bawahan yang turut tertindas dan tidak mempunyai kuasa politik. Dalam konteks pemikiran Marx, golongan ini dianggap tidak penting kerana beliau hanya melihat buruh sebagai pendorong kepada perubahan. Walau bagaimanapun Mao Tse Tung telah membuktikan bahawa petani juga boleh membawa perubahan sosial dan politik dengan melancarkan revolusi komunis di China. |
agrotaiment | agrohibur/hibur tani | Umum | Tiada | Kaedah mempromosikan produk hasil pertanian atau perniagaan tani kepada orang ramai menerusi persembahan hiburan. |
agrichemical/agrochemical | bahan kimia tani | Pertanian | Agroteknologi | Bahan kimia yang digunakan sebagai input kepada pengeluaran tanaman. Bahan ini termasuklah baja kimia, racun rumpai, racun serangga, racun kulat, pengawal atur pertumbuhan, dan bahan pengawet hasil tuaian. Penggunaan bahan kimia ini perlu mengikut peraturan keselamatan seperti menggunakannya dalam kadar yang disyorkan dan memakai pakaian keselamatan untuk melindungi pengguna. Dalam sistem pertanian organik, bahan kimia tani tidak boleh digunakan sama sekali. |
farm | tani; ladang; kebun | Geografi | Tiada | Tiada |
farm | tani; ladang; kebun | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
farm | tani; ladang; kebun | Kependudukan | Tiada | Tiada |
farm | tani; ladang; kebun | Pertanian | Tiada | Tiada |
peasant | tani | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |