Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.gal] | تݢل

Definisi : sl kerana, oleh sebab; ~ itulah oleh sebab itulah, kerana itulah; alah bisa ~ biasa prb kalau selalu diperbuat pekerjaan itu hilanglah ketakutan dan kecanggungannya (pengalaman praktik lebih berguna drpd teori). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gal] | تݢل

Definisi : Id tanah kering (yg diusahakan), cerang, ladang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gal] | تݢل

Definisi : sj ikan laut, Megalaspis cordyla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tegal
Bahasa Asal :sastera lama
Rujuk :kerana

Puisi
 

Si kuyong burung pipit,
     Terbang anak tiung lampai;
Mentelah lama menaruh sakit,
     Tegal dek ajal belum sampai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Hilang adat tegal muafakat.

Bermaksud :

Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak.

 

Lihat selanjutnya...(4)

479

Custom makes all things easy

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Alah bisa tegal biasa

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember custom makes all things easy ,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dry fieldtegalGeografiTiadaTiada
contractual verticalsistem pemasaran tegal kontrakPentadbiranTiadaSistem pemasaran yang memerlukan penggabungan beberapa peringkat pengeluaran dan pengedaran melalui kontrak dengan tujuan mempertingkatkan jualan.
bearing captukup galasKejuruteraan AutomotifEnjinPengapit logam tegal yang menjadi pasangan kepada rod penyambung. Tukup ini digunakan untuk memegang galas rod penyambung atau galas utama pada aci engkol.
fuel linetalian bahan apiKejuruteraan AutomotifEnjinPaip atau saluran yang diperbuat daripada logam tegal dan bahan boleh lentur yang menghantar bahan api dari tangki ke sistem suntikan bahan api atau ke karburetor. Talian ini juga mengembalikan lebihan bahan api ke tangki dan secara tidak langsung menyejukkan penyuntik bahan api atau karburetor.
koembangkumbangSainsHidrometeorologiAngin kering seperti angin fohn yang bertiup dari tenggara atau selatan di Cirebon dan Tegal di Jawa. Angin ini disebabkan oleh monsun timur yang menimbulkan kesan jet semasa melalui kancing-kancing di banjaran gunung dan turun di sisi teduhan angin.

Kembali ke atas