Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ga.ngan] | تݢڠن

Definisi : 1 ist daya gerak elektrik atau voltan: wayar ~ tinggi. 2 sesuatu yg tegang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tegangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tension fractureretakan tegangan , rekahan teganganGeologiTiadaRetakan kecil pada batuan yang terbentuk serenjang dengan arah tegangan maksimum.
tensile strengthkekuatan teganganKejuruteraanPolimerTegasan tegangan maksimum yang dapat ditanggung oleh sesuatu bahan atau sampel dalam ujian tegangan piawai pada kadar tegangan dan suhu tertentu. Sin. kekuatan tegangan muktamad.
centrifugal tensiontegangan empatMekanikGunaanTegangan pada tali sawat yang disebabkan oleh tindakan daya empar. Nilainya ialah mv2, dengan m sebagai jisim seunit panjang bagi tali sawat itu dan v sebagai lajunya. Tegangan empar merupakan sampingan bagi tegangan yang disebabkan oleh pemindahan tenaga. Tegangan ini meninggikan nilai tegangan tali sawat di kedua-dua bahagian yang ketat dan yang kendur. Tegangan empar diabaikan dalam analisis tali sawat yang bergerak perlahan tetapi diambil kira dalam kes tali sawat Yang bergerak laju.
effective driving tensiontegangan pemacuan berkesanMekanikGunaanHasil kurang bagi tegangan pada tali sawat (sama ada tegangan di bahagian ketat atau bahagian kendur) dengan tegangan empar tali sawat itu. Lihat juga tegangan empar.
diagonal tensiontegangan pepenjuruKejuruteraanTiadaTegasan tegangan utama yang disebabkan tegangan mengufuk dan ricihan tegak pada konkrit bertetulang atau konkrit prategasan.
initial tensiontegangan mulaMekanikGunaanTegangan yang bertindak pada tali sawat yang melingkari kapi pemacu dan kapi pengikut sebelum berlakunya gerakan. Nilai tegangan mula adalah seragam di sepanjang tali sawat. Apabila kuasa dipindahkan, tegangan bertambah pada bahagian ketat tali sawat dan menurun pada bahagian kendurnya.
active arclengkok giatMekanikGunaanBahagian lengkok sentuh tali sawat berlakunya penyusutan bagi nilai tegangan ecara beransur-ansur, iaitu daripada nilai tegangan ketat kepada nilai tegangan kendur. Lengkok giat sentiasa lebih kecil daripada lengkok sentuh. Lihat juga lengkok sentuh lengkok melahu.
alveolar-venous partial pressure differencebeza tekanan separa alveolus-venaPerubatanTiadaPerbezaan tegangan atau tekanan separa gas, biasanya oksigen dan karbon dioksida dalam alveolus (PA) dengan tegangan separa gas dalam vena (PV). Contohnya, perbezaan antara tegangan oksigen dalam alveolus (PAO2 » 105 mmHg) dengan tegangan oksigen dalam vena (PVO2 » 40 mmHg) ialah 65 mmHg, manakala perbezaan tegangan karbon dioksida dalam alveolus (PACO2 » 40) dengan tegangan karbon dioksida dalam vena (PVCO2 » 45) ialah 5 mmHg.
tensile viscositykelikatan teganganKejuruteraanPolimerNisbah tegasan tegangan terhadap kadar pemanjangan bagi aliran tegangan. nilai kelikatan ini bersandarkan kadar pemanjangan. Sin. kelikatan cengkeman.
tension rationisbah teganganMekanikGunaanNisbah tegangan pada bahagian ketat tali sawat, T1, terhadap tegangan pada bahagian kendur, T2.
12345678910...

Kembali ke atas