right-hand rule | petua tangan kanan | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang membawa arus, sekiranya jari tangan kanan mengelilingi dawai dan ibu jari menunjukkan arah arus maka jari-jari akan menunjukkan arah medan magnet yang dihasilkan oleh dawai tersebut. 2. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang bergerak dalam medan magnet seperti dawai pada angker jana kuasa, sekiranya ibu jari serta jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan bersudut tegak antara satu dengan lain, maka ibu jari akan menunjukkan arah gerak dawai, jari telunjuk menunjukkan arah garis daya magnet dan jari engah menujukkan arah arus teraruh yang wujud disebabkan oleh gerakan dawai dalam medan magnet tersebut. |