Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tamparan kedua-dua belah telapak tangan hingga berbunyi; bertepuk tangan mengadakan bunyi dgn menamparkan kedua-dua telapak tangan (tanda gembira, bersetuju, dll): kanak-kanak boleh disuruh ~ atau menghentakkan kaki mengikut rentak lagu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tamparan kedua-dua belah tapak tangan hingga berbunyi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepuk
Kata Terbitan : bertepuk, bertepuk-tampar, menepuk,

Peribahasa

Bagai bertepuk sebelah tangan.

Bermaksud :

Cinta kasih yang tidak berbalas. (Peribahasa lain yang sama makna: Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clap hands circle catchtepuk tangan tangkap-bolaPendidikanTiadaTiada
Viking claptepuk VikingSukanTiadaTepuk tangan beramai-ramai secara serentak dengan cara mendepakan tangan seluasnya, kemudian mengangkat kedua tangan di atas kepala, berteriak dan kelajuan tepukannya daripada perlahan menjadi semakin lama semakin pantas. Selalunya tepukan ini dilakukan semasa perlawanan bola sepak untuk memberikan semangat kepada pasukan yang bertanding.

Kembali ke atas